KUALA LUMPUR: Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dan Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS (CERiA) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik oleh Suruhanjaya Global Polisi Dadah sebagai Pesuruhjaya terbaharunya, menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama memegang jawatan itu.
MAF dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Suruhanjaya Global Polisi Dadah telah diwujudkan pada Januari 2011 oleh sekumpulan personaliti dari Amerika Syarikat dan Eropah, termasuk bekas ketua negara dan kerajaan bagi menyokong dasar berkaitan dadah berdasarkan bukti saintifik, hak asasi manusia, kesihatan awam dan keselamatan.
Objektif utama Suruhanjaya ini adalah untuk mengangkat diskusi tentang pembaharuan polisi dadah yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan dan melandaskan sains di peringkat antarabangsa, bagi tujuan mengurangkan kemudaratan akibat tabiat penggunaan dadah selain polisi kawalan yang terlalu keras ke atas individu dan masyarakat.
Pembaharuan polisi ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs).
Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh bekas perdana menteri New Zealand, Helen Clark dan barisan Pesuruhjaya Global yang menganggotai Suruhanjaya ini termasuk Pemenang Hadiah Nobel, Jose Ramos-Horta, usahawan ternama Richard Bronson dan bekas ketua negara yang lain.
Menurut kenyataan itu, di pentas global, Dr Adeeba pernah menyandang sebagai Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa (IAS) pertama dari benua Asia dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penasihat Strategik serta Penasihat Teknikal HIV di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kini Dr Adeeba memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersama Majlis Sains, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Suruhanjaya Kesihatan dan Hak Asasi Manusia di bawah kelolaan IAS dan LANCET, sebuah jurnal perubatan antarabangsa yang disegani.
"Pada April 2015, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Undang-undang dari alumni beliau Universiti Monash, Australia sebagai pengiktirafan atas kecemerlang beliau dalam bidang perubatan dan kesihatan awam.
"Dalam bidang polisi dadah, Dr Adeeba memainkan peranan penting dalam usaha pemperbaharui polisi dadah negara sehingga membawa kepada pelaksanaan program pengurangan kemudaratan pada 2006 untuk penggunaan dadah secara suntikan dan mencegah jangkitan HIV dalam kalangan individu yang menggunakan dadah, seperti program pertukaran jarum dan picagari dan terapi penyelenggaraan metadon," menurut kenyataan itu.
Sambil mengalu-alukan Dr Adeeba sebagai pesuruhjaya terbaharunya, Suruhanjaya Global Polisi Dadah itu turut memuji penglibatan Dr Adeeba dan komitmen beliau dalam mempertahankan polisi awam yang lebih melindungi hak asasi manusia serta peranan beliau dalam meningkatkan akses kepada rawatan, pencegahan dan jagaan untuk anggota komuniti masyarakat terpinggir di Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dilantik oleh Suruhanjaya Global Polisi Dadah sebagai Pesuruhjaya terbaharunya. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dr Adeeba dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara
Pakar Penyakit Berjangkit Negara, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman telah dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara.

Malaysia hilang 30 graduan perubatan UM kepada Singapura setiap tahun - Dr Adeeba
Setiap tahun, 30 graduan perubatan terbaik Universiti Malaya mencari peluang yang lebih baik di negara jiran, Singapura.

Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.

Dr Adeeba dilantik Pesuruhjaya Suruhanjaya Global berkaitan dadah
Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman merupakan rakyat Malaysia pertama memegang jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Global Polisi Dadah.

MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.

Peralihan ke endemik: Waspada, jangan ambil mudah - Pakar Kesihatan
Malaysia telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik sejak 1 April yang menyaksikan pembukaan semula banyak sektor dan aktiviti ekonomi serta kehadiran orang ramai.

Tanpa 'lockdown', Taiwan berjaya kawal penularan COVID-19, kata Dr Adeeba
Tiga negara lain yang berjaya mengawal penularan COVID-19 ialah Vietnam, Bhutan dan sebuah negara paling miskin di Afrika, Rwanda.

Jangan hanya tumpu bentuk imuniti kelompok, perlu vaksin seramai mungkin - Dr Adeeba
Dr Adeeba berkata apa yang penting dalam program vaksin kebangsaan adalah untuk melindungi mereka yang berisiko dijangkiti COVID-19 yang teruk.

Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Christopher Lee diangkat sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia baharu
Perkara itu disahkan oleh Dekan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menerusi Twitter rasminya.