PAKAR bedah terkenal, Dr Amalina Che Bakri berkongsi berita gembira kepada pengikut media sosial yang dia kini sedang hamil.
Menerusi kemas kini di Instagram, Dr Amalina berkata, dia mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi berita berkenaan kerana media sosial yang merupakan sebuah platform perkongsian boleh bertukar sebagai medium untuk orang menghakimi.
“Saya sangat teruja untuk berkongsi berita indah ini dengan anda semua, saya hamil!
"Saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi perkara ini dengan anda semua.
"Walaupun media sosial ialah platform yang bagus untuk berkongsi tentang hal ilmiah dan pengalaman positif, ia juga boleh menjadi tempat yang sukar dan menghakimi.
“Bekerja berjam-jam sementara pada masa yang sama mengelolakan PhD saya boleh satu hal yang susah dan meletihkan.
"Saya melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua (terutamanya dengan morning sickness dan muntah) sehingga saya kehilangan berat badan.
“Keletihan juga memainkan faktor. Apabila anda mengendalikan pelbagai tugas, kadangkala ia boleh menjadi cabaran yang sebenar.
"Perkara-perkara yang dulu boleh saya lakukan tiba-tiba menjadi satu tugas yang sukar,” tulisnya di Instagram.
Menurut Dr Amalina, satu kajian yang diterbitkan menerusi JAMA Surgery menunjukkan yang pakar bedah mengalami dua kali kesukaran untuk hamil dan melahirkan.
Katanya, ramai doktor dan pakar bedah melewatkan proses kehamilan dengan harapan dapat mencari masa yang sesuai disebabkan cabaran kerja mereka.
“Saya harap saya mampu mengupas tentang hal ini pada masa akan datang.
"Keputusan untuk memiliki cahaya mata sekarang adalah kena dengan saya, dan menjadi satu kepentingan untuk tidak membandingkan diri kita dengan orang lain,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Amalina turut mengakui bertuah mempunyai suami yang sentiasa menyokong untuk melalui perjalanan ini bersama-sama.
“Ibu saya sangat mengagumkan dan sentiasa memastikan saya makan dengan cukup, dan dia membekukan banyak makanan Malaysia yang sedap-sedap dalam peti sebelum dia terbang pulang ke Malaysia!
“Alhamdulillah, keadaan semakin baik sekarang dan saya sangat menikmati perjalanan ini.
"Saya teruja untuk berkongsi pengalaman saya, terutamanya realiti dan cabaran untuk keseluruhan proses, serta perkongsian tentang kehamilan berdasarkan perubatan,” katanya lagi.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Alex pada 31 Mac tahun lalu.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Sun Jun 05 2022

Pakar bedah terkenal, Dr Amalina Che Bakri berkongsi berita gembira kepada pengikut media sosial yang dia kini sedang hamil. -Instagram

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Selepas 4 hari bersalin, Dr Amalina dah bawa anak jalan-jalan
Dr Amalina melahirkan rasa gembira dan memberitahu bahawa Arabella dilahirkan minggu lepas di Hospital St Thomas, London.

Bersalin di London, Dr Amalina tayang muka baby Arabella Mia!
Pakar bedah kelahiran Malaysia yang terkenal, Dr Amalina Che Bakri selamat melahirkan bayi perempuan pada minggu lalu di Hospital St Thomas, London.

Dr Amalina umum hamil, alami keletihan dan susut berat badan
Dr Amalina melalui trimester pertama yang sukar sehingga awal trimester kedua sehingga kehilangan berat badan.

'Kami sangat terhutang budi dengan kalian semua' - Bapa Ainul Mardhiah
Ucapan terima kasih daripada bapa Ainul, Ahmad Saifuddin kepada doktor-doktor pakar yang membantu memudahkan rawatan perubatan anaknya.

Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang
Ainul seorang bayi yang kuat dan pembedahan berkenaan berjaya memisahkan tumor seberat 200 gram dari mulutnya.