Kaum Cina tidak harus dipinggirkan dalam kerajaan, kerana pada hakikatnya terdapat masyarakat Cina yang menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata sekiranya tiada menteri Cina dalam Kabinet, dengan itu siapa yang akan mewakili masyarakat itu.
"Adalah sesuatu yang rumit untuk melantik seseorang (wakil) bukan daripada MCA, tetapi sekiranya tiada wakil kaum Cina, keadaannya tidak baik untuk kerajaan dan juga negara," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Pemimpin veteran itu berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan MCA untuk tidak memegang sebarang jawatan peringkat negeri atau persekutuan selepas mencatatkan prestasi lebih teruk pada PRU13 Ahad lepas berbanding pada 2008.
Ditanya sama ada parti pembangkang DAP patut dipelawa oleh kerajaan BN dan diberi peluang mewakili kaum Cina, Dr Mahathir berkata semua itu terserah kepada BN.
"Ini bergantung kepada kaum Cina (DAP) jika mereka mahu ambil bahagian atau tidak, tetapi saya agak pasti yang DAP tidak akan mahu turut serta kecuali mereka berada dalam kedudukan dominan," katanya.
Sementara itu, Dr Mahathir menghargai peranan Sabah dan Sarawak dalam PRU13 dalam menyumbangkan kerusi untuk BN, dan melahirkan harapan yang mereka akan diwakili lebih baik dalam kerajaan di masa depan.
"Pada ketika ini mereka masih percaya dalam prinsip kerjasama yang mereka telah buktikan, walaupun mengecewakan bahawa kaum Cina telah menolaknya, tetapi terdapat bukan Cina yang mencukupi di sana untuk memenangi kerusi-kerusi," katanya.
Ketika diminta mengulas mengenai cadangan pertubuhan bukan kerajaan (NG) tertentu yang mahu PAS menyertai Umno demi masa depan orang Melayu dan orang Islam, Dr Mahathir berkata kerjasama itu bukan perkara mustahil.
"Saya tidak tahu sama ada ia adalah yang terbaik atau tidak, tetapi yang jelas perlu ada "tolak ansur, Umno tidak boleh mendesak mengikut caranya dan begitu juga dengan PAS, perlu ada penyesuaian, jika penyesuaian dapat dibuat, dengan itu akan ada ruang bagi kerjasama," katanya.
Bernama
Tue May 07 2013
JSJ Bukit Aman cadang teliti semula beberapa undang-undang jenayah lapuk
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melihat terdapat keperluan untuk meneliti semula beberapa undang-undang pencegahan jenayah yang sudah lapuk untuk disesuaikan dengan situasi semasa.
Bursa Malaysia jangka 60 IPO disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran RM40.2 bilion
Bursa Malaysia Bhd menjangkakan sebanyak 60 tawaran awam permulaan (IPO) akan disenarai pada 2025 dengan permodalan pasaran berjumlah RM40.2 bilion.
KEMAS jalankan kajian menyeluruh keperluan naik taraf, baik pulih tabika
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung keperluan menaik taraf dan baik pulih Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS di seluruh negara.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
Inisiatif Lestari Niaga perkasa peniaga kecil dan tarik pelancong - Dr Zaliha Mustafa
Langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKL.
Polis Perak kenal pasti 21 kawasan 'blackspot' kemalangan
Polis Perak mengenal pasti 21 lokasi blackspot atau kawasan sering berlaku kemalangan ketika musim perayaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
AWANI Ringkas: "Cecelia Yap Song KL" mohon maaf
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.
SC lancar skim kewangan alternatif untuk PMKS
SC hari ini melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan rakan setara (P2P) berdaftar dengan SC di bawah sistem e-perolehan kerajaan.
Proses dadah: Bekas mekanik dibebas dan dilepas, empat warga India dipenjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas mekanik atas pertuduhan memproses 22.02 kilogram methamphetamine pada 2018.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Pulau Batu Puteh: Laporan RCI mahu ‘tuju’ kepada saya seorang - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan seolah-olah mahu menunjukkan dirinya seorang sahaja yang bertanggungjawab.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Haley, Pompeo tidak sertai kabinet Trump
Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih Donald Trump memberitahu bekas calon presiden Parti Republikan, Nikki Haley dan bekas Setiausaha Negara Mike Pompeo tidak akan dijemput menyertai kabinetnya.
Bekas penyanyi Nidji, Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih Presiden Prabowo Subianto.
108 orang bakal sertai kabinet Prabowo, saintis antara dijangka jadi menteri?
Sejumlah pakar dari pelbagai sektor penyelidikan dan university berkongsi analisa dengan memberi bayangan beberapa nama berpotensi menyertai barisan kabinet Presiden Terpilih Indonesia, Prabowo.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Dasar Tahun 3, Tahun 6 tiada peperiksaan dibawa ke Kabinet - Fadhlina
Memandangkan tujuan perkara itu adalah untuk menambah baik sistem pendidikan negara, KPM mungkin akan membawanya ke peringkat Jemaah Menteri.