Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.
Beliau berkata antara keutamaan sebagai pemangku Menteri Pendidikan adalah untuk meneliti masalah yang berlaku dalam kementerian itu sebelum membuat sebarang keputusan.
"Secepat mungkin," katanya secara berseloroh apabila ditanya bila beliau akan memasuki pejabat Kementerian Pendidikan.
"Terdapat banyak masalah dalam Kementerian Pendidikan. Jadi, saya perlu tahu kenapa masalah-masalah itu dibangkitkan dan mencari penyelesaian," jelasnya.
Perdana Menteri berkata demikian selepas melawat depoh Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA), di Serendah, di sini, pada Isnin.
BACA: Banyak sangat masalah dalam Kementerian Pendidikan - Dr Mahathir
Ditanya sama ada Kementerian Pendidikan akan dipecahkan kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi, Dr Mahathir berkata: "Itu akan menjadi perkara yang akan saya pertimbangkan mengikut saranan anda (wartawan)."
Berhubung isu influenza, Dr Mahathir berkata Kementerian Kesihatan sedang menilai sama ada penyakit itu telah merebak dengan meluas atau masih berada di peringkat awal.
BACA: Kabinet telah putuskan pemangku Menteri Pendidikan
Rabu lepas, Kementerian Kesihatan dilaporkan sedang menilai situasi terkini jangkitan itu di semua institusi pendidikan selepas pelajar didapati positif Influenza A.
Seramai 103 murid di 52 buah sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang dilaporkan dijangkiti influenza sehingga Ahad dan dua kelas Tahun 2 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Hwa, Butterworth di Pulau Pinang masih ditutup sejak Rabu lepas.
Pada Isnin, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI) di Perak ditutup selepas 10 pelajarnya positif Influenza A.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 13 2020

Dr Mahathir menandatangani plak perasmian ketika melawat Depot Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) di Serendah, 13 Jan, 2019. --fotoBERNAMA

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

AS rekod lebih 1,600 kematian akibat selesema musim ini - CDC
Influenza bermusim terus meningkat di kebanyakan kawasan dengan bahagian tenggara dan selatan-tengah mencatatkan kes tertinggi.

Malaysia dijangka alami 'twindemic' hujung tahun ini
Di negara-negara barat, twindemic ini berlaku ketika musim sejuk. Jadi dalam konteks Malaysia, ia berkait rapat dengan musim hujan.

COVID-19: Contohi model Sarawak hadkan pergerakan antara zon - Pakar
Kerajaan Persekutuan disaran mencontohi model kerajaan Sarawak untuk mengehadkan pergerakan antara zon di Semenanjung Malaysia susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.

Penularan Influenza di sekolah terkawal - KP Kesihatan
Penularan virus Influenza A atau H1N1 yang dilaporkan berlaku di institusi pendidikan berada dalam keadaan terkawal dan langkah-langkah pencegahan telah dilaksanakan.

Influenza: Dapatkan nasihat doktor sebelum ambil ubat antiviral - Dr Noor Hisham
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama Oseltamivir yang berdaftar antaranya Tamiflu, Fluhalt, Osmivir dan Starflu.

Satu daripada empat kanak-kanak dijangkiti influenza - Pakar Runding Pediatrik
Pakar Runding Pediatrik dan Neonatalogi, Datuk Dr Musa Mohd Nordin berkata satu daripada empat kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital adalah disebabkan oleh jangkitan virus influenza.

Jabatan Pendidikan Perak tubuh pasukan khas pantau jangkitan ILI
Jabatan Pendidikan Perak telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas untuk memantau gejala jangkitan penyakit seperti Influenza (ILI) di sekolah-sekolah berasrama di negeri ini.