Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini bersama ribuan jemaah bagi meraikan kedatangan 1 Syawal.
Dr Mahathir yang berbaju Melayu ungu tiba di masjid itu pada 8.20 pagi bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Antara yang turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dr Mahathir dan jemaah kemudiannya bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, yang juga bertindak sebagai khatib.
Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Dr Mahathir kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan mengambil gambar bersama Perdana Menteri Malaysia ketujuh itu.
Sementara itu, Syaikh Ismail ketika menyampaikan khutbah bertajuk 'Kasih Sayang Pelengkap Kesejahteraan' mengingatkan para jemaah mengenai pentingnya sikap kasih dan sayang terutamanya dalam membentuk masyarakat yang sejahtera.
Menurutnya, sifat kasih sayang mampu melahirkan sifat-sifat positif seperti sifat sabar, bertolak ansur, toleransi, sopan santun dan pemaaf.
"Ia juga secara tidak langsung akan menghindarkan tercetusnya sifat-sifat yang tidak baik dalam hubungan sesama manusia dan mengelakkan daripada berlakunya konflik dalam masyarakat seterusnya mengekalkan keharmonian," katanya.
Syaikh Ismail berkata Islam merupakan agama yang meraikan kepelbagaian dan perbezaan sama ada dari segi bangsa, bahasa dan kefahaman tertentu.
"Mereka dikurniakan peranan masing-masing bagi memakmurkan bumi ini. Dalam kepelbagaian inilah, kasih sayang memainkan peranan sebagai penghubung silaturahim sesama manusia.
"Sifat kasih sayanglah yang mendasari kepercayaan, kejujuran, empati, sokongan dalam sesuatu perhubungan sosial," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jun 15 2018
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negara hari ini. - BERNAMA
Ancaman buaya cabaran laksana operasi bantu mangsa banjir di Sabah
Ancaman buaya menjadi antara cabaran besar buat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dan anggota penyelamat lain di daerah ini dalam membantu mangsa banjir di kawasan terjejas.
Di mana Muhammad Khairul?
Polis minta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Khairul Naeim Che Deraman, 29, yang dilaporkan hilang sejak Rabu.
Permainan gelongsor air kaca di i-City tiada kelulusan MBSA
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung baru-baru ini masih belum mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
10 Berita Pilihan - (30 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 31 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis rampas mercun, bunga api bernilai RM10,000
Polis merampas mercun dan bunga api pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM10,000 susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan di Jalan Bukit Lagi di sini pada Selasa lepas.
60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui.
Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.
Projek Bandar Wakaf di Gaza bukti solidariti Malaysia untuk Palestin - MAPIM
Pembangunan ini merupakan model pembangunan wakaf pertama Malaysia di bumi Palestin yang boleh dijadikan contoh di peringkat global.
Kes 'Kutty': Tun Mahathir tunjuk salinan asal kad pengenalan, dokumen keluarga kepada wartawan
Dr Mahathir menunjukkan beberapa salinan dokumen termasuk kad pengenalan lama miliknya, isteri dan empat anaknya berserta surat beranak asal bagi membuktikan nama sebenarnya.
RCI Batu Puteh syor siasatan jenayah terhadap Dr Mahathir
RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Tun Dr Mahathir.
Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M
Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj
Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.