Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-34, serta Sidang Kemuncak yang berkaitan di Bangkok, Thailand dari 20 sehingga 23 Jun ini.
Perdana Menteri akan diiringi oleh Isterinya Tun Dr Siti Hasmah Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darrel Leiking; serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di samping pegawai-pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Wisma Putra, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.
Dengan tema ‘Advancing Partnership for Sustainability’, Sidang Kemuncak Asean ke-34 itu adalah Sidang Kemuncak pertama diadakan dengan Thailand sebagai pengerusinya tahun ini, menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini.
Sidang Kemuncak itu akan memberikan peluang kepada para pemimpin negara-negara anggota Asean, untuk saling bertukar pandangan berhubung hala tuju masa depan perkumpulan itu dan proses pembinaan komunitinya, di samping pelaksanaan Wawasan Komuniti Asean 2025, dan berbincang mengenai isu-isu penting peringkat serantau dan antarabangsa.
Perdana Menteri dan juga lain-lain menteri, akan mengambil bahagian dalam tiga pertemuan, yakni pertemuan pemimpin-pemimpin Asean dengan perwakilan Persidangan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA); pertemuan pemimpin-pemimpin Asean dengan perwakilan Belia Asean, serta pertemuan pemimpin-pemimpin Asean dengan Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-Bac).
Kementerian Luar berkata, Dr Mahathir juga akan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak ke-13 Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak ke-12 Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia, Thailand (IMT-GT) yang akan berlangsung pada 23 Jun.
Dalam lawatan itu, Perdana Menteri juga akan merasmikan program Malaysia Fest di 2019 di the Central World Shopping Mall, di samping mengadakan mesyuarat perniagaan meja bulat dengan tokoh-tokoh industri Thailand pada 21 Jun.
Bernama
Wed Jun 19 2019
![Dr Mahathir ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok Dr Mahathir ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81560919331_ASEAN.jpg)
Dengan tema Advancing Partnership for Sustainability, Sidang Kemuncak Asean ke-34 merupakan Sidang Kemuncak pertama diadakan dengan Thailand sebagai pengerusinya tahun ini. - Gambar Astro AWANI/ HARITS ASYRAF HASNAN
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739940422_TBMahkamah.jpg)
Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
![Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737131969_joharihunsen.jpg)
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
![Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736956021_TBparlimen.jpg)
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
![Malaysia sebagai Presiden AIPA utamakan ketersambungan dan keterangkuman ASEAN - Johari Malaysia sebagai Presiden AIPA utamakan ketersambungan dan keterangkuman ASEAN - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729557709_AIPA.jpg)
Malaysia sebagai Presiden AIPA utamakan ketersambungan dan keterangkuman ASEAN - Johari
Johari dalam ucapannya turut mengulangi dedikasi Malaysia terhadap perpaduan serantau dan diplomasi parlimen.
![Johari luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke AIPA Laos Johari luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke AIPA Laos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729458895_JohariAbdulparlim.jpg)
Johari luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke AIPA Laos
Yang Dipertua Dewan Rakyat luang masa beramah mesra bersama delegasi Malaysia ke mesyuarat Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-45.
![Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701231362_JohariAbdul.jpg)
Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.
![Malaysia bakal kongsi pengalaman tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan pada AIPA Malaysia bakal kongsi pengalaman tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan pada AIPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724237978_TBJOHARIABDUL.jpg)
Malaysia bakal kongsi pengalaman tenaga boleh diperbaharui, keselamatan makanan pada AIPA
Perkara itu merupakan fokus utama yang akan dikongsi bersama negara ASEAN lain termasuk pengalaman negara dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan.
![PM Anwar gesa beri lebih ruang kepada Ahli Parlimen ASEAN suara pandangan - Johari PM Anwar gesa beri lebih ruang kepada Ahli Parlimen ASEAN suara pandangan - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728528809_AhliParlimenASEAN.jpg)
PM Anwar gesa beri lebih ruang kepada Ahli Parlimen ASEAN suara pandangan - Johari
Perdana Menteri Anwar meminta Institusi Parlimen negara-negara ASEAN memberi ruang yang lebih luas kepada ahlinya untuk meluahkan pandangan.
![Dr Mahathir ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok Dr Mahathir ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81560919331_ASEAN.jpg)
Dr Mahathir ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-34 di Bangkok
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Asean ke-34, serta Sidang Kemuncak yang berkaitan di Bangkok, Thailand, dari 20 sehingga 23 Jun ini.