Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menziarah bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya di sini.
Dr Mahathir tiba kira-kira 1 petang dan berada di hospital berkenaan kira-kira 20 minit.
Zainuddin,79, mendapatkan rawatan di hospital berkenaan sejak 12 Nov lalu setelah anggota keluarganya bimbang keadaannya setelah beliau mengadu sakit dada dan lelah sebelum pihak hospital menempatkannya di Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah dikesan paru-parunya berair.
Turut berada di hospital ialah isteri, anak dan cucu Zainuddin. -- Bernama
Bernama
Tue Nov 20 2018
Dr Mahathir tiba kira-kira 1 petang dan berada di hospital berkenaan kira-kira 20 minit. - Gambar fail
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Dr Mahathir lawat Zainuddin di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menziarah Tan Sri Zainuddin Maidin yang sedang menjalani rawatan di Hospital Putrajaya.
MH370: Anak pramugara selamat dilahirkan
Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.