Pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 27 Ogos 2018.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Dr Muhammed merupakan pakar ekonomi yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Malaysia.
“Di samping itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia dan Ketua Sekretariat, Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP).
“Beliau juga pernah menjadi perunding untuk Bank Dunia, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP),” kata kenyataan itu lagi.
Dr Muhammed merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi di DM Analytics Malaysia dan memegang Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) (magna cum laude) daripada Institut d’études Politiques de Paris,
(SciencesPo Paris), Perancis.
Beliau turut memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Southern California, Los Angeles.
Astro Awani
Fri Aug 24 2018
![Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada PM Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535108043_ABDULKHALID.jpg)
Dr Muhammed Abdul Khalid merupakan pakar ekonomi yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan. -Gambar: Facebook
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Perlu polisi holistik, mampan tangani masalah miskin bandar - Pakar Perlu polisi holistik, mampan tangani masalah miskin bandar - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598257553_UNICEFPPRmiskin.jpg)
Perlu polisi holistik, mampan tangani masalah miskin bandar - Pakar
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan isu kesihatan mental dan perlindungan sosial.
![Ke arah merakyatkan ekonomi Ke arah merakyatkan ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/71498114639_PetronasTwinTowers.jpg)
Ke arah merakyatkan ekonomi
Antara perkara asas dalam menjana ekonomi negara yang lebih baik adalah pendidikan awal kanak-kanak.
![Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada PM Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535108043_ABDULKHALID.jpg)
Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada PM
Dr Muhammed Abdul Khalid merupakan pakar ekonomi yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan.
![Negara perlu polisi sesuai tangani situasi rakyat tua, miskin, tiada anak menjelang 2050 - penganalisis Negara perlu polisi sesuai tangani situasi rakyat tua, miskin, tiada anak menjelang 2050 - penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/61493115007_orangtua.jpg)
Negara perlu polisi sesuai tangani situasi rakyat tua, miskin, tiada anak menjelang 2050 - penganalisis
Beliau akui polisi pada masa kini yang tidak memadai memungkinkan wujudnya populasi rakyat Malaysia yang tua, miskin, sakit dan tiada anak.
![Pendapatan purata isi rumah Malaysia bertambahbaik pada 2014 - Kajian KRI Pendapatan purata isi rumah Malaysia bertambahbaik pada 2014 - Kajian KRI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51449551554_BRM.jpg)
Pendapatan purata isi rumah Malaysia bertambahbaik pada 2014 - Kajian KRI
Pendapatan median dan purata isi rumah di Malaysia bertambah baik dari tempoh 2012 hingga 2014 dengan pertambahan purata RM1,141.
![2016 tahun mencabar, kerajaan mungkin akan kaji semula subsidi - Pakar ekonomi 2016 tahun mencabar, kerajaan mungkin akan kaji semula subsidi - Pakar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41443626473_DIESELPETROL.jpg)
2016 tahun mencabar, kerajaan mungkin akan kaji semula subsidi - Pakar ekonomi
Kerajaan dijangka tidak mempunyai pilihan selain mengkaji semula pemberian subsidi kepada rakyat tahun depan, kata seorang pakar ekonomi.
![Warna ketidaksamaan ekonomi masyarakat Malaysia Warna ketidaksamaan ekonomi masyarakat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61415768251_295x200.jpg)
Warna ketidaksamaan ekonomi masyarakat Malaysia
Jurang ketidaksamarataan ekonomi rakyat Malaysia semakin ketara antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi.
![Kerajaan perlu jujur, berani menanggani isu jurang kaya-miskin di M'sia - Tun Daim Kerajaan perlu jujur, berani menanggani isu jurang kaya-miskin di M'sia - Tun Daim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/81415701262_295x200.jpg)
Kerajaan perlu jujur, berani menanggani isu jurang kaya-miskin di M'sia - Tun Daim
Campur tangan kerajaan masih diperlukan dah harus dilakukan dengan segera sebelum adanya ketegangan hubungan antara rakyat Malaysia.
![Jurang ketidaksamaan dalam gaji semakin meningkat - Kajian Jurang ketidaksamaan dalam gaji semakin meningkat - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/41367373903_295x200.jpg)
Jurang ketidaksamaan dalam gaji semakin meningkat - Kajian
Kajian mendapati jurang ketidaksamaan dalam gaji, bagi golongan berpendapatan tinggi dan golongan berpendapatan rendah semakin meningkat.