Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap segelintir ibu bapa yang menolak pemberian vaksin kepada anak-anak dalam usaha mencegah penyakit berjangkit dalam negara.
Isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu yang merupakan seorang doktor perubatan sejak 1955, berkata pemberian vaksin dapat mencegah penyakit berjangkit seperti demam campak, difteria, kancing gigi, batuk kokol, tibi dan lain-lain dalam kalangan kanak-kanak.
Beliau yang juga merupakan wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak Negeri Kedah pada 1974, berkata sepanjang khidmatnya, pemberian vaksin berjaya menurunkan kadar kematian ibu dan kanak-kanak secara mendadak di negeri berkenaan.
"Saya cukup sedih sekarang...saya berasa sia-sia khidmat saya (sebagai doktor) selama 22 tahun.
"Vaksin penting untuk anak-anak kita. Saya tidak faham ibu bapa zaman sekarang menolak pemberian vaksin seperti polio atau nak bersalin di rumah. Kenapa (mentaliti) ke belakang?
"Tuhan bagi kita anak, kita mesti menjaga mereka dengan memberi suntikan vaksin dan makanan bagi memastikan sentiasa sihat," katanya kepada pemberita selepas menerima Anugerah Perkhidmatan Awam Kemanusiaan Kiwanis 2015 di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Rabu.
Dr Siti Hasmah secara berseloroh berkata beliau terpaksa turun padang mendidik orang ramai yang menolak pemberian vaksin.
"Saya fikir ini satu pusingan, dari tidak faham ke faham dan kembali ke tahap tidak faham (mengenai pemberian vaksin). Saya terpaksa ke bandar mendidik orang bandar yang sepatutnya lagi tahu mengenai kepentingan pemberian vaksin tetapi menolak pemberian vaksin," katanya.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya sebelum ini, dilaporkan berkata data klinik kesihatan menunjukkan bilangan kes yang menolak vaksin dalam kalangan ibu bapa meningkat dari 470 kes pada 2013, kepada 1,292 kes (2014) dan 1,054 kes sehingga Mei lepas.
Menurut Dr Hilmi, kejadian penyakit cegahan vaksin dalam negara menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga hingga lima tahun lepas, di mana bilangan kes 'measles' (campak) meningkat dari 235 kes pada 2014 kepada 539 kes sehingga September lepas, manakala penyakit 'Pertsis' (batuk kokol) pula bertambah dari 497 kes (2014) kepada 655 kes tahun ini.
Menurutnya lagi, trend peningkatan itu bukan hanya disebabkan faktor gerakan anti-vaksin tetapi merangkumi kurang kefahaman tentang kaedah pencegahan, kelewatan mendapatkan rawatan, kelemahan aspek pengurusan kes dan kontak serta peningkatan kedatangan warga asing yang tidak diketahui status vaksinasi mereka.
Bernama
Wed Oct 28 2015

SITI HASMAH: Tuhan bagi kita anak, kita mesti menjaga mereka dengan memberi suntikan vaksin dan makanan bagi memastikan sentiasa sihat. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perjuangan menentang penyakit TB perlu pendekatan menyeluruh
TB boleh merebak melalui udara apabila individu yang dijangkiti penyakit itu batuk, bersin atau meludah tetapi ia boleh diubati.

3 kanak-kanak positif difteria dibenar pulang esok
Pemeriksaan terhadap kesemua individu itu dilakukan terhadap mereka yang berhampiran atau mereka di sekeliling kanak-kanak terlibat.

HFM, WOMEN:girls tekad basmi Hepatitis menerusi filem 'Orang Itu'
Tahukah anda, 95% daripada 380,000 orang menghidapi Hepatitis C tidak sedar bahawa mereka terjangkit, terutamanya golongan gelandangan?

Kes HFMD: Jantung gagal berfungsi jika tiada rawatan dari awal
Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr Rohani Jahis, penyakit HFMD jarang boleh menyebabkan kematian.

Elak hantar anak ke sekolah sekiranya ada tanda HFMD - Dr Sahruddin
Menurut Dr Sahruddin, ibu bapa dan guru juga boleh menjalankan aktiviti pembersihan atau semburan disinfeksi pada kerusi, meja dan barang mainan anak-anak dan murid-murid mereka.

Elak penyakit berjangkit, pekerja asing wajib jalani pemeriksaan kesihatan lebih kerap
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi mengelakkan peningkatan kes penyakit berjangkit yang berlaku di negara ini.

Dr Siti Hasmah kecewa ibu bapa tolak pemberian vaksin
Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melahirkan rasa kecewa dan sedih terhadap segelintir ibu bapa yang menolak pemberian vaksin kepada anak-anak mereka.