KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah merangka draf kerja bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata draf itu adalah titik permulaan bagi mengerakkan inisiatif penggubalan Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023 pada kadar segera dan selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azalina berkata perkara itu dimaklumkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-Undang Baharu Berkaitan dengan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian Bil 2/2024 yang dipengerusikan oleh beliau bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Bangunan Parlimen hari ini.
“Pada mesyuarat tersebut, saya telah menekankan betapa pentingnya kewujudan satu perundangan prosedur khusus yang dapat menangani cabaran-cabaran yang sedang dialami dan bakal timbul seiring dengan perkembangan teknologi.
“Teknologi kecerdasan buatan yang semakin maju akan terus berkembang maka kita sewajarnya membuat persiapan dari sekarang agar kita dapat berada selangkah di hadapan dalam perkara ini,” katanya menerusi hantaran di laman X.
Turut hadir pada mesyuarat itu Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.
Pada 15 Jun 2023, Anwar berkata Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara sepakat agar Rang Undang-Undang Keselamatan Siber digubal segera untuk memastikan segenap aspek perundangan yang berkaitan dapat dituntaskan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 13 2024

Azalina berkata draf itu adalah titik permulaan bagi mengerakkan inisiatif penggubalan Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023 pada kadar segera. - Gambar fail/Bernama
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Draf kerja Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023 telah dirangka - Azalina
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang telah merangka draf kerja bagi Rang Undang-Undang Keselamatan Digital 2023.

Haji: Titik permulaan untuk berubah jadi lebih baik - Idris
Jemaah haji Malaysia disaran mengambil pengalaman ketika mengerjakan Rukun Islam Kelima itu sebagai titik permulaan untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

MoU Kerajaan dan PH: Satu titik permulaan baharu - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, MoU ini adalah titik permulaan baharu untuk semua pihak bersama-sama menghadapi cabaran sebagai Keluarga Malaysia.