KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,170 syarikat pertahanan dan keselamatan menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 yang akan bermula esok.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pameran itu juga dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.
Menurut beliau, penyertaan yang menarik perhatian wakil dari lebih 50 buah negara itu sesuatu yang harus menjadi kebanggaan bagi Malaysia.
"Ini sesuatu yang kita sepatutnya bangga. Penyertaan juga amat mengagumkan, mereka dari lebih 50 negara yang mengambil bahagian, 25,000 pengunjung dijangka hadir dengan 350 delegasi dari portfolio pertahanan dan keselamatan juga akan hadir.
"Ini membuktikan bahawa kita telah mengambil langkah ke hadapan," jelasnya dalam sidang media sempena DSA dan Natsec 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, pada Ahad.
DSA dan Natsec 2022 yang bermula esok di di MITEC dengan majlis perasmian pada sebelah petang ini.
Pameran pertahanan selama tiga hari itu kembali dianjurkan selepas empat tahun tidak diadakan dan penyertaan syarikat pertahanan dan keselamatan daripada 54 buah negara antaranya, Amerika Syarikat, Austria, Perancis, Jerman, Indonesia, Itali, Sepanyol dan Turki.
Berikutan penganjuran DSA dan Natsec 2022 ketika pandemik COVID-19 masih membelenggu dunia, Hishammuddin menegaskan, pameran itu akan berlangsung mengikut protokol kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penganjuran DSA dan Natsec 2022 juga, jelas Hishammuddin, turut memberi isyarat bahawa Malaysia kini sudah bersedia untuk membuka pintu sempadan negara pada 1 April ini seperti diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.
"Selepas empat tahun, saya berharap dua pameran ini dapat berjalan lancar, ini merupakan isyarat bahawa Malaysia sudah bersedia.
"Saya ingin memberikan jaminan bahawa pameran ini diadakan berlandaskan protokol kesihatan sedia ada.
Saya harapkan agar semua dapat mengikut SOP dan berdisplin, kerana apa yang kita buat hari ini akan menentukan masa depan kita," jelas beliau lagi.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula berpendapat, menerusi dua pameran terbabit dapat memberi peluang kerajaan untuk melihat teknologi terkini yang boleh dilengkapkan dalam agensi kerajaan terutama di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Dalam tempoh empat tahun ini, aset kita berada dalam keadaan terbaik, tetapi dengan adanya pameran sebegini, kita boleh melihat sama ada teknologi yang digunakan kita perlu ditambah baik terutama di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kita bukan hanya bercakap mengenai Polis Diraja Malaysia (PDRM), tetapi juga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan banyak lagi agensi berkaitan yang kita perlu lihat teknologi tersedia dalam pasaran," ujarnya.
Terdahulu, Hishammuddin dan Hamzah meluangkan masa melawat persiapan pameran DSA dan Natsec 2022 di MITEC.
Fareez Azman
Sun Mar 27 2022
![DSA & Natsec 2022: 1,170 syarikat pertahanan, keselamatan ambil bahagian DSA & Natsec 2022: 1,170 syarikat pertahanan, keselamatan ambil bahagian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648356987_MenteriKananPertah.jpg)
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melawat persiapan Pameran DSA dan Natsec 2022 di MITEC di ibu negara pada Ahad. - Gambar BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![DSA 2022: KDN tandatangani MoU, kontrak bernilai RM2.59 bilion DSA 2022: KDN tandatangani MoU, kontrak bernilai RM2.59 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648640013_TBHAMZAHjpg.jpg)
DSA 2022: KDN tandatangani MoU, kontrak bernilai RM2.59 bilion
Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menandatangi satu Memorandum Persefahaman (MoU) dan lapan kontrak bernilai RM2.59 bilion.
![DSA 2022: RM2.23 bilion kerugian direkodkan akibat jenayah siber - Ketua Setiausaha KDN DSA 2022: RM2.23 bilion kerugian direkodkan akibat jenayah siber - Ketua Setiausaha KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648532512_WanAhmadDahlanbin.jpg)
DSA 2022: RM2.23 bilion kerugian direkodkan akibat jenayah siber - Ketua Setiausaha KDN
Sebanyak RM2.23 bilion kerugian direkodkan dalam tempoh lima tahun akibat jenayah siber di negara ini.
![Malaysia pilihan Turkish Aerospace sebagai hub industri aeroangkasa Malaysia pilihan Turkish Aerospace sebagai hub industri aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648532376_TemelKotil.jpg)
Malaysia pilihan Turkish Aerospace sebagai hub industri aeroangkasa
Turkish Aerospace Industries pilih jadikan Malaysia sebagai hub industri aeroangkasa kerana yakin dengan kejuruteraan tempatan.
![Kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina dijangka elak konflik tuntutan - Penganalisis Kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina dijangka elak konflik tuntutan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/41547690696_DrAhmadMartadhaMo.jpg)
Kerjasama Malaysia, Indonesia dan Filipina dijangka elak konflik tuntutan - Penganalisis
Jalinan Kerjasama Trilateral (TCA) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina yang dikembangkan merentasi pertahanan, dijangka dapat mengelakkan sebarang konflik berlaku diantara tiga negara.
![DSA 2022: Mesyuarat TCA setuju kembangkan kerjasama rentas bidang pertahanan - Hishammuddin DSA 2022: Mesyuarat TCA setuju kembangkan kerjasama rentas bidang pertahanan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648446944_PameranPerkhidmatan.jpg)
DSA 2022: Mesyuarat TCA setuju kembangkan kerjasama rentas bidang pertahanan - Hishammuddin
Mesyuarat TCA di antara Malaysia, Indonesia dan Filipina bersetuju untuk mengembangkan kerjasama melangkaui bidang pertahanan.
![DSA 2022: LTAT, PT PINDAD jalin kerjasama strategik kukuhkan industri pertahanan Malaysia-Indonesia DSA 2022: LTAT, PT PINDAD jalin kerjasama strategik kukuhkan industri pertahanan Malaysia-Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648447978_PameranAntarabangsa.jpg)
DSA 2022: LTAT, PT PINDAD jalin kerjasama strategik kukuhkan industri pertahanan Malaysia-Indonesia
LTAT sentiasa mengenal pasti peluang sedia ada, yang boleh meningkatkan keupayaan syarikat tempatan dalam mengembangkan perniagaan mereka.
![Ancaman lebih serius boleh diatasi menerusi kerjasama serantau Asia - Hishammuddin Ancaman lebih serius boleh diatasi menerusi kerjasama serantau Asia - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648397188_Zainuddin.jpg)
Ancaman lebih serius boleh diatasi menerusi kerjasama serantau Asia - Hishammuddin
Penganjuran Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2022 dijangka dapat membuka lebih ruang kerjasama diantara negara serantau dan global.
![DSA & Natsec 2022: 1,170 syarikat pertahanan, keselamatan ambil bahagian DSA & Natsec 2022: 1,170 syarikat pertahanan, keselamatan ambil bahagian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648356987_MenteriKananPertah.jpg)
DSA & Natsec 2022: 1,170 syarikat pertahanan, keselamatan ambil bahagian
Pameran DSA dan Natsec 2022 juga dijangka menarik lebih 25,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung.
![Omicron: MINDEF serah kepada KKM berhubung penganjuran DSA, NATSEC 2022 Omicron: MINDEF serah kepada KKM berhubung penganjuran DSA, NATSEC 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633506508_TBHISHAMjpg.jpg)
Omicron: MINDEF serah kepada KKM berhubung penganjuran DSA, NATSEC 2022
Hishamuddin berkata jika terdapat sebarang maklumat terperinci berkenaan varian ini, MINDEF akan menyalurkannya kepada KKM.