PUTRAJAYA: Dua ahli politik DAP hari ini menarik balik rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar RM350,000 kepada bekas setiausaha agung MCA Datin Paduka Chew Mei Fun kerana memfitnah.
Chew turut menarik balik rayuan balasnya terhadap kuantum ganti rugi.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Supang Lian, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Wong Kian Kheong kemudiannya membatalkan rayuan serta rayuan balas itu tanpa perintah berhubung kos.
"Kami berterima kasih kepada pihak yang capai penyelesaian hari ini," kata Hakim Supang yang mempengerusikan panel itu.
Terdahulu, peguam Shahredzan Johan yang mewakili Tony Pua dan Yeo Bee Yin memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya menarik balik rayuan mereka tanpa sebarang kos.
Peguam Chew, Rueben Mathiavaranam pula mengesahkan perkara itu dan berkata anak guamnya menarik balik rayuan balasnya tanpa sebarang arahan berkaitan kos.
Pada 30 Nov lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Pua, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Damansara membayar RM200,000 dan Yeo, bekas Menteri Tenaga, Sains, teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim membayar RM150,000 sebagai ganti rugi am dan teruk kepada Chew selepas mendapati mereka bertanggungjawab kerana memfitnah Chew.
Ketika dihubungi Bernama, Rueben berkata susulan penarikan rayuan itu, keputusan Mahkamah Tinggi kekal.
"Jumlah yang diarahkan untuk dibayar, telahpun dibayar kepada kami (firma guamannya) dan jumlah itu disimpan bersama kami, sementara menunggu keputusan perbicaraan (rayuan) di Mahkamah Rayuan. Kini kami boleh memberikannya kepada pelanggan kami," kata Rueben.
Pada Mac 2018, Chew memfailkan saman fitnah terhadap Pua dan Yeo, yang mendakwa bahawa beliau telah meluluskan penjualan sebidang tanah kepada MCA Selangor di bawah harga pasaran.
Yeo turut membuat kenyataan mengenai isu itu dalam video Facebook, dan berkata tanah itu digunakan untuk penanaman buah naga. Pua dan Yeo membuat kenyataan itu pada 2017.
Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Chew, bekas ahli Parlimen Petaling Jaya yang juga bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membuktikan bahawa kenyataan itu adalah fitnah.
Hakim Datuk Roslan Abu Bakar juga mendapati Pua dan Yeo tidak pernah membuat pengesahan dengan pihak berkuasa atau dokumen berkaitan, sama ada Chew sebenarnya ahli jawatankuasa pejabat tanah daerah, dan beliau juga mendapati artikel yang disiarkan dalam The Malay Mail Online, Free Malaysia Today dan Nanyang Siang Pau membayangkan bahawa Chew menggunakan kedudukan dan pengaruhnya dalam jawatankuasa pejabat tanah daerah bagi membolehkan pengambilalihan tanah oleh MCA di bawah harga pasaran.
Prosiding mahkamah hari ini berlangsung secara dalam talian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2023

Chew turut menarik balik rayuan balasnya terhadap kuantum ganti rugi. - Gambar hiasan

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.

Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.

Titah Adendum: Jangan ada berlagak hero berjuang untuk Najib - Puteri UMNO
Nurul Amal berkata, ini kerana UMNO melalui kepimpinan parti sudah lama mengusahakan agar keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.