KUALA LUMPUR: Dua anggota "Geng Pian" didakwa di tiga Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan samun dan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau terhadap empat individu dan sebuah syarikat farmasi, pada Disember tahun lepas.
Mohd Sufian Wahab dan Mohd Sahuri Hassim, masing-masing berusia 39 tahun, mengaku tidak bersalah selepas kelima-lima pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin, Siti Aminah Ghazali dan Datuk Nu'aman Mahmud Zuhudi.
Di hadapan Norina, mereka didakwa bersama-sama melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki berumur 31 tahun di dalam perkarangan mesin juruwang automatik (ATM) bank Hong Leong, di Jalan Kepong di sini, pada 8 malam, 27 Dis 2023.
Dua lelaki itu juga didakwa atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau terhadap seorang wanita berumur 24 tahun dengan kerugian sebanyak RM4,300 di deposit tunai (CDM) bank HSBC di Rampai Business Park di sini, pada 9.05 malam, tarikh sama.
Norina membenarkan dua tertuduh itu masing-masing diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan sehingga kes selesai.
Di hadapan Siti Aminah, mereka didakwa atas dua pertuduhan iaitu bersama-sama merompak wang tunai RM780 milik seorang lelaki dan wang tunai RM3,650 milik sebuah syarikat farmasi di mesin ATM Bank Of China, Plaza OSK di Jalan Ampang, pada 9.40 malam, 27 Dis dan di mesin ATM Public Bank, Pasar Pudu, Dang Wangi pada 5.30 petang, 16 Dis lepas.
Mereka masing-masing dibenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, di hadapan Nu'aman, dua lelaki itu didakwa melakukan samun berkumpulan dengan bersenjatakan sebilah pisau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun dengan menyamun wang tunai RM100 serta sebentuk cincin di perkarangan ATM Bank Hong Leong, pada 5.40 petang, 16 Dis lalu.
Nu'aman membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 5 Mac untuk sebutan kes.
Bagi kesemua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn, Nidzuwan Abd Latif dan Illya Syaheedah Mohd Razif manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Kelvinder Singh Deo.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Nu'aman membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 5 Mac untuk sebutan kes. - Gambar fail

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Dua anggota 'Geng Pian' didakwa samun, rompak bersenjata
Dua anggota "Geng Pian" didakwa di tiga Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan melakukan samun dan rompakan berkumpulan bersenjatakan sebilah pisau.

Geng Pian samun bersenjata tumpas
Geng Pian yang aktif menyamun di Perak dan Kuala Lumpur sejak 2020 akhirnya tumpas apabila dua suspek ditahan.