Ringkasan AI
- Dua anggota pasukan keselamatan direman selama enam hari untuk membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM25,733.59 yang berlaku dua tahun lepas.
- Kedua-dua suspek, berusia 42 dan 31 tahun, ditahan di Pejabat SPRM Melaka selepas hadir memberi keterangan. Mereka disyaki mengemukakan butir matan palsu berkaitan tuntutan elaun latihan kem tahunan.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai butir matan palsu atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.
Perintah reman hingga Ahad ini dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini.
Sementara itu SPRM Melaka dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua suspek berusia 42 dan 31 tahun berkenaan ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada 5.20 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.
"Mereka disyaki mengemukakan butir matan palsu berkaitan tuntutan elaun latihan kem tahunan siri 3/2023 berjumlah RM25,733.59 sedangkan terdapat anggota yang tidak menghadiri latihan yang dijalankan kira-kira dua tahun lepas," menurut kenyataan itu.
SPRM Melaka memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dengan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali nilai butir matan palsu atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.
-- BERNAMA