JEMPOL:Mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban serta Koperal Norihan Tari yang cedera parah dalam insiden tembakan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia - Thailand awal pagi Selasa, dinaikkan pangkat mereka.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, kedua-dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) itu dinaikkan pangkat sarjan secara ‘posthumous’ atau anumerta berkuat kuasa hari ini sebagai menghargai sifat keberanian luar biasa mereka.
Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah mencadangkan kepada kerajaan bagi menimbangkan untuk memberikan anugerah pingat keberanian kepada kedua-dua wira negara itu.
“Saya telah pun menyampaikan kepada Perdana Menteri mencadangkan supaya mendiang dan juga Koperal Norihan Tari ditimbang untuk diberikan penghargaan lebih tinggi dalam bentuk pingat keberanian.
“Saya telah berbincang dengan pengarah-pengarah (PDRM) tadi, kami (juga) bersetuju untuk menaikkan pangkat mendiang secara ‘posthumous’ kepada sarjan, begitu juga kepada Koperal Norihan yang cedera ini atas sifat keberanian luar biasa,” kata Abdul Hamid kepada wartawan selepas menghadiri proses pengebumian mendiang Koperal Baharuddin di Tanah Perkuburan Kampung Orang Asli Sungai Sampo, di sini hari ini.
Upacara pengebumian mendiang Koperal Baharuddin dilaksanakan mengikut istiadat polis di kampung halamannya.
BACA: Anggota PGA Koperal Baharuddin Ramli selamat disemadi
Dalam kejadian pada pagi Selasa, mendiang Koperal Baharuddin, 54, yang bertugas di pos sempadan Malaysia - Thailand terbunuh akibat ditembak manakala rakannya, Koperal Norihan, 39, pula mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Pgerlis.
Polis juga telah menahan reman 18 lelaki termasuk tiga warga thailand antara empat hingga tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kejadian itu.
BACA: Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand
BACA: Anggota PGA maut ditembak: 18 individu direman empat hingga tujuh hari
Shuhada Abdul Kadir
Wed Nov 25 2020

Abdul Hamid Bador berkata, kedua-dua anggota PGA itu dinaikkan pangkat sarjan secara posthumous atau anumerta berkuat kuasa hari ini sebagai menghargai sifat keberanian luar biasa mereka. - Gambar BERNAMA

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Dua anggota PGA yang ditembak dinaikkan pangkat sarjan - KPN
Kedua-dua anggota PGA itu dinaikkan pangkat sarjan secara posthumous atau anumerta berkuat kuasa hari ini sebagai menghargai sifat keberanian luar biasa mereka.