Tiga lelaki termasuk dua anggota sebuah pertubuhan tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bergaduh di tempat awam bulan lepas.
Aktivis sosial, Ong Eu Soon, 51, dan dua anggota PPS Lee Chan Kwong, 36, serta Lee Yew Kuen, 66, didakwa bertumbuk antara satu sama lain di hadapan Pasar Farlim Bandar Baru, Air Itam pada pukul 10.45 pagi, 17 Ogos lepas.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Razali Che Ani menawarkan jaminan RM2,500 terhadap setiap tertuduh atas alasan kesalahan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh orang dewasa dalam apa jua masalah.
Peguam RSN Rayer yang mewakili Chan Kwong dan Yew Kuen kemudiannya memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kepada RM1,000 seorang atas alasan kedua-dua tertuduh tidak mempunyai kerja tetap.
Majistret L.Umma Devi membenarkan jaminan RM1,200 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 31 Okt untuk sebutan semula kes.
Ong tidak diwakili peguam.
Bernama
Wed Sep 10 2014

Mereka dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya - Gambar Hiasan

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Kempen Derma Darah #KitaSama tonjol semangat perpaduan rakyat Malaysia
Ia merupakan Kempen Derma Darah #KitaSama ketiga dianjurkan Astro sejak 2014.

#ScaredNotScared sertai kempen derma darah #KitaSama
Tunjukkan komitmen anda terhadap Kempen Derma Darah #KitaSama!

#KitaSama: Rambut sama hitam dan darah sama merah pekat
Empat sahabat iaitu Norina Affiza, Hasnida Hamid, Nicholas Pillai dan Xavier Chin berkongsi interpretasi mereka tentang #KitaSama.

Dua anggota PPS mengaku tidak bersalah bergaduh di tempat awam
Tiga lelaki termasuk dua anggota sebuah pertubuhan tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret.

Khatib Jumaat kritik polis dalam isu PPS disiasat
Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang khatib yang didakwa mengkritik polis berhubung isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Anggota Parlimen Tanjung ditahan bantu siasatan kes PPS
Polis hari ini menahan Timbalan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Ng Wei Aik bagi membantu siasatan berhubung PPS.

Lim Guan Eng mahu Zahid kemuka permohonan maaf
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyinggung, dikatakan ditujukan kepada DAP.

PPS: Polis tahan Phee Boon Poh, ambil keterangan Guan Eng
Polis menahan Pengerusi Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang Phee Boon Poh dan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung pasukan itu.

Najib hargai kehadiran rakyat sambut Hari Kemerdekaan
Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat yang hadir menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka hari ini.

Polis tahan anggota PPS yang engkar amaran
Polis menahan 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu sebuah pertubuhan haram.