Lapan maut manakala 30 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah van kilang awal pagi Selasa.
Kejadian berlaku di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun kira-kira jam 6 pagi di KM 147, Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, berhampiran Plaza Tol Juru.
Jurucakap pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap berkata, kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah van yang membawa pekerja kilang.
Pihak bomba menerima panggilan kira-kira jam 6.02 pagi sebelum tiba ke lokasi kejadian bersama 32 anggota termasuk penyelia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan kejadian.
"Enam mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala dua lagi maut dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ). Semua yang maut adalah wanita.
"Identiti mangsa masih belum dikenal pasti," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Oct 24 2017
Kemalangan membabitkan dua buah bas dan sebuah van yang membawa pekerja kilang. - Gambar ihsan JBPM
Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100 kg dadah
Empat individu termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Johor Bahru atas tuduhan mengedar dan memiliki lebih 100 kilogram dadah.
Amaran hujan: Tahap buruk di Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
AWANI Borneo [16/1/2025] – Hujan dari pagi| Penemuan task force| Tingkat pengeluaran
AWANI Borneo Khamis, 16 Januari 2025 bersama Pia Ernadya.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
1. Banjir kilat di Sandakan.
2. Laporan akhir kematian pakar patologi Lahad Datu didedah bulan depan.
3. Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil.
Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Bekas Datuk Bandar antara empat lagi individu ditahan hari ini dan semalam menerusi Op Ragada bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram melibatkan sebuah syarikat penyiaran di Kuching, Sarawak.
Sarawak terokai sempadan baharu dalam pengeluaran SAF
Lawatan delegasi ini bertujuan menilai kebolehlaksanaan teknologi pengeluaran karbon dioksida dan hidrogen kepada SAF di Sarawak, dengan memanfaatkan sumber yang ada di wilayah ini untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat terhadap bahan api lestari.
Sarawak sedia bekalkan jentera kepada petani kecil bagi tingkatkan pengeluaran padi
Dengan penggunaan mesin penuai dan pembajak padi, pesawah tidak perlu lagi membanting tulang seharian, malah dapat mengeluarkan sembilan kali ganda hasil padi dalam masa satu jam.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
Penambahan penerbangan pacu sasaran 3.5 juta pelancong di Sabah
Dengan penambahan penerbangan keluar masuk dari Sabah bukan sahaja bakal melonjakkan kemasukan pelancong, malah dapat menjana sektor ekonomi negeri itu.
Subsidi diesel: MITI bawa keluhan pengusaha bas kilang ke Kabinet
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia mendengar dan akan membawa ke Kabinet keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini.
Pemandu bas kilang ditahan bantu siasatan kerosakan poster parti
Polis menahan seorang pemandu bas kilang hari ini bagi membantu siasatan kejadian poster sebuah parti politik yang telah dirosakkan menggunakan senjata tajam di kawasan Tampoi di sini.
Bas kilang bawa 9 penumpang ke Singapura terbabas
Sebuah bas kilang yang membawa sembilan penumpang dalam perjalanan ke Singapura terbabit kemalangan selepas terbabas di susur Kilometer 16 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam.
Dua parah, 15 cedera ringan kemalangan bas kilang dengan treler
Dua parah, manakala 15 penumpang cedera ringan selepas bas kilang yang membawa 21 pekerja kilang bertembung dengan sebuah lori treler.
Bas kilang rempuh dua kereta di Kulim, seorang maut
Kejadian mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.
Bas kilang hilang kawalan, rempuh lima kenderaan di bahu jalan
Tujuh pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang mereka naiki merempuh lima buah kenderaan yang diletakkan dibahu jalan.
Bas kilang rempuh 14 kenderaan di Sungai Petani
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 pagi ketika terdapat ramai pengguna jalan raya di jalan terbabit, sama ada yang menghantar anak ke sekolah atau ke tempat kerja.
Empat cedera, bas bawa 30 pekerja kilang terbabas
Pemandu bas berusia 69 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala empat wanita itu telah dibawa ke Hospital Melaka.
12 cedera bas kilang bertembung lori muatan besi buruk
Seorang pemandu bas patah peha manakala 11 pekerja kilang cedera ringgan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas kilang dan lori di Perai.
Penumpang dakwa bas laju sebelum keluar asap, api
Bas kilang yang rosak dan terlibat dalam kemalangan di Km147 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara berhampiran Plaza Tol Juru, di sini dikatakan dipandu laju sebelum asap dan api keluar.