Bekas Pengarah Imigresen Perak dan bekas Ketua Unit Pendakwaan Imigresen Perak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, dua tahun lepas.
Tertuduh pertama, Zulhairin Yahya, 45, ketika bertugas sebagai Pengarah Jabatan Imigresen Perak didakwa cuba memperoleh suapan wang tunai RM10,000 setiap bulan daripada Nga Chee Jiek bagi memastikan tiada pemeriksaan dan serbuan dijalankan ke atas sebuah pusat hiburan dekat Seri Manjung.
Beliau yang kini berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya juga didakwa memperoleh suapan wang tunai RM4,000 daripada Nga melalui Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Imigresen Perak, Zaidi Dali supaya tiada pemeriksaan dan serbuan dijalankan ke atas premis sama.
Dia didakwa meminta dan menerima wang suapan itu di Club House Meru Valley Golf & Country Club di sini masing-masing pada pukul 9 malam, 5 Nov 2015 dan 12.05 tengah malam, 12 Nov 2015.
Sementara itu, Zaidi, 49, didakwa cuba memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM10,000 setiap bulan daripada Nga bagi memastikan tiada pemeriksaan dan serbuan dijalankan ke atas pusat hiburan yang sama, kira-kira pukul 9 malam, 5 Nov 2015.
Zaidi yang kini bertugas sebagai Penolong Penguasa Jabatan Imigresen Perak juga didakwa memperoleh suapan wang tunai sebanyak RM7,000 daripada Nga untuk dirinya dan Pengarah Jabatan Imigresen Perak bagi memastikan tiada pemeriksaan dan serbuan dijalankan ke atas premis sama.
Dia didakwa memperoleh suapan itu di tempat letak kereta, Meru Valley Golf & Country Club di sini, kira-kira 9.55 malam, 11 Nov 2015.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Wahida Jalaluddin, manakala Zaidi diwakili peguam Zamri Idrus dan Fadly Hashim sementara Zulhairin diwakili Ahmad Zaidi Zainal.
Nurul Wahida menawarkan wang jaminan RM40,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kedua-dua tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Hakim S.Indra Nehru kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain mengarahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM terdekat sebulan sekali.
Mahkamah menetapkan 5 Mei untuk sebutan semula kesemua kes.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2017
![Dua bekas pegawai kanan imigresen Perak mengaku tidak bersalah terima rasuah Dua bekas pegawai kanan imigresen Perak mengaku tidak bersalah terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/61471258413_slippingcashbribe.jpg)
Zaidi didakwa memperoleh suapan itu di tempat letak kereta, Meru Valley Golf & Country Club di Ipoh, kira-kira 9.55 malam, 11 Nov 2015. Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720650890_MeorHezbullahMeor.jpg)
Sarang pelacuran, premis hiburan di Ipoh digempur, 88 warga asing dicekup
Kesemua warga asing yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
![63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal 63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720142410_tbPATIdihantarpu.jpg)
63 PATI pelbagai warganegara di Perak dihantar pulang ke negara asal
Kesemua PATI itu terdiri daripada warganegara Indonesia, Pakistan, Vietnam, Bangladesh, India dan Indonesia.
![JIM Perak selamatkan 33 warga Bangladesh daripada eksploitasi majikan JIM Perak selamatkan 33 warga Bangladesh daripada eksploitasi majikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719287717_tbJIMPerak.jpg)
JIM Perak selamatkan 33 warga Bangladesh daripada eksploitasi majikan
Kesemua yang ditahan merupakan warganegara Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun.
![10 GRO sembunyi dalam bilik rahsia selama sejam berjaya dicekup Imigresen Perak 10 GRO sembunyi dalam bilik rahsia selama sejam berjaya dicekup Imigresen Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717930333_gro.jpg)
10 GRO sembunyi dalam bilik rahsia selama sejam berjaya dicekup Imigresen Perak
Cubaan 10 wanita pelayan pelanggan atau GRO warga asing bersembunyi dalam bilik rahsia di sebuah premis hiburan gagal selepas berjaya dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak semalam.
![Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716173072_tbpendatangtanpaiz.jpg)
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
![Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715393431_tbMeorHezbullah.jpg)
Op Gegar: 39 individu termasuk 29 GRO warga asing ditahan
Penahanan dilakukan selepas pemeriksaan dijalankan terhadap 82 individu dalam Op Gegar bermula 11 malam tadi hingga 2 pagi tadi.
![Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’ Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710552767_PATIDitahan.jpg)
Ops Pintu: Imigresen Perak tahan 158 PATI di kawasan ‘hot spot’
Kesemua PATI itu ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
![71 PATI termasuk GRO warga asing dicekup di 10 premis 71 PATI termasuk GRO warga asing dicekup di 10 premis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709242437_PATI.jpg)
71 PATI termasuk GRO warga asing dicekup di 10 premis
Kesemua mereka ditahan ditahan dalam serbuan di 10 premis di sekitar Ipoh dan Enggor, Kuala Kangsar pada Rabu dan Khamis.
![Pendatang asing panjat bumbung, sembunyi elak ditahan Pendatang asing panjat bumbung, sembunyi elak ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691946600_wargaasingditahan.jpg)
Pendatang asing panjat bumbung, sembunyi elak ditahan
Operasi melibatkan 31 pegawai dari Bahagian Penguat kuasa JIM Perak, dijalankan di kawasan premis perniagaan dan perumahan di Manjung.
![Cuba terjun laut, sembunyi dalam semak, 59 warga asing ditahan di jeti pelantar ikan Cuba terjun laut, sembunyi dalam semak, 59 warga asing ditahan di jeti pelantar ikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61691200675_Serbuan.jpg)
Cuba terjun laut, sembunyi dalam semak, 59 warga asing ditahan di jeti pelantar ikan
Walaupun ada yang cuba meloloskan diri dengan terjun ke dalam laut, sembunyi di semak, namun pasukan serbuan berjaya mengepung kawasan terbabit.