MELAKA: Dua beradik diselamatkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas didapati meraih simpati orang ramai dengan menyanyi di kaki lima sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir, di sini, pada awal pagi Ahad.
Remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun dan masih bersekolah itu dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan mencecah lebih RM10,000 sebulan apabila memperoleh wang sumbangan orang ramai sekitar RM300 hingga RM600 sehari terutama pada malam hujung minggu.
Pengarah JKM Melaka, Zulkifli Hanifah berkata, berdasarkan maklumat awal kanak-kanak yang bersekolah di Bukit Katil itu dipercayai telah dieksploitasi ibunya berusia 40-an dan merupakan penerima bantuan bulanan JKM untuk menambahkan pendapatan sejak empat tahun lalu.
Menurutnya, golongan bawah umur seperti ini tidak sewajarnya dibiarkan berada di jalanan sehingga lewat pagi dan mereka dipercayai akan menyanyi pelbagai jenis lagu termasuk lagu 80-an bermula jam 8.30 malam hingga 3 pagi.
Katanya, modus operandinya, wanita terbabit yang mendakwa mengalami masalah kesihatan akan membawa anak-anaknya di lokasi itu sebelum meninggalkan mereka untuk menyanyi dan hanya memerhatikan dari jauh.
"Kita akan bawa kedua-dua beradik ini ke pejabat JKM dan melihat kesesuaian sama ada akan ditempatkan di pusat kebajikan atau pengawasan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).
"Sekiranya mereka ini perlu, demi masa depannya kita ambil dan meletakkan di rumah kebajikan yang bersesuaian agar dapat menjalani kehidupan normal," katanya kepada pemberita selepas operasi mengambil orang papa dan kanak-kanak yang mengemis di Banda Hilir di sini, pada pagi Ahad.
Tambah Zulkifli, selain itu enam individu lain turut diselamatkan dalam operasi itu termasuk seorang remaja bawah umur dipercayai dieksploitasi dengan menggunakan maskot dan membawa tabung untuk meraih pendapatan di Pulau Melaka.
Menurutnya, manakala lima gelandangan berusia sekitar 40-an didapati mengemis dan meminta sedekah di kawasan tumpuan ramai.
"Mereka ini disiasat di bawah Akta Orang-orang Papa 1977 (Akta 183) dan mungkin akan menempatkan mereka di rumah penjagaan warga terbiar di Villa Harapan, Duyong, " katanya.
Jelasnya, kebanyakan mereka telah diberikan peringatan namun masih melakukan aktiviti mengemis seperti menyanyi, menjual tisu dan buah-buahan sekali gus memberi kegusaran kepada pelancong serta mencemarkan imej negeri.
"Kita juga akan menyiasat sama ada wujud dalang di sebalik eksploitasi kanak-kanak bawah umur," katanya. -Sinar Harian
Astro Awani
Sun Jan 07 2024
Dua beradik yang menyanyi di kaki lima hingga lewat malam diselamatkan JKM. -Foto Sinar Harian
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Trump janji tamatkan konflik, tapi Rusia-Ukraine masih berperang
Rusia dan Ukraine terus melancarkan serangan udara ke atas satu sama lain, walaupun Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang baru mengangkat sumpah jawatan, mendakwa kononnya mampu menamatkan perang dalam masa 24 jam.
SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
JKM cari ibu kandung, waris Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah
Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Setar sedang mencari ibu kandung atau waris kepada kanak-kanak lelaki Muhammad Iqbal Rayyan Abdullah.
Mangsa banjir di Johor dan Kelantan meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir di Johor dan Kelantan, masing-masing menyaksikan peningkatan setakat 8 malam ini.
Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS
KPM menggerakkan 1,580 jurulatih utama SST dan AST di PPS bagi membantu pelajar yang terjejas akibat banjir dari aspek emosi dan akademik.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
Depoh simpanan keperluan bencana JKM di Kelantan akan ditambah baik - Nancy
Depoh simpanan keperluan bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kelantan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
Jumlah mangsa banjir terus berkurang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Melaka dan Pahang terus berkurang setakat 8 malam ini.