MUAR: Dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia lima dan enam tahun dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelaki di sebuah kediaman di Jalan Meriam, dekat sini, dua minggu lepas.
Kedua-dua suspek berusia 36 dan 38 tahun itu telah ditahan pada 2.30 petang, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata seorang wanita warga Kemboja yang juga ibu kepada kanak-kanak malang itu dan teman lelaki warga tempatan ditahan susulan laporan yang dibuat oleh bapa kandung mangsa pada hari sama di balai Polis Muar.
Beliau berkata, lelaki berkenaan telah melihat kesan lebam ketika memandikan kedua-dua kanak-kanak itu, dipercayai akibat dipukul dengan rotan.
"Wanita ini disahkan tidak lagi tinggal bersama suaminya tetapi tinggal bersama suspek lelaki, dan disyaki telah memukul mangsa antara 16 hingga 26 Sept lepas.
"Kedua-dua mangsa kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raiz Mukhliz berkata kedua-dua suspek ditahan reman hingga 6 Okt untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023

Dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia lima dan enam tahun dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelaki di sebuah kediaman di Jalan Meriam, dekat sini, dua minggu lepas. -Gambar hiasan

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000
Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 Ahad lepas.

Imigresen Johor tahan 72 warga asing, tiga majikan dalam operasi di dua daerah
Jabatan Imigresen menahan 72 warga asing dan tiga majikan warga tempatan dalam serbuan di 13 buah premis sekitar daerah Muar dan Batu Pahat.

Penyamun berparang di Muar diberkas di Sungkai, Perak
Perintah reman dikeluarkan Majistret terhadap kesemua suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.

Tunku Mahkota Ismail rasmi TMIYC Muar
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan merasmikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Muar.

Lelaki mengaku rogol remaja bawah umur hingga lahirkan anak
Seorang pekerja syarikat pembersihan mengaku bersalah merogol seorang remaja berusia 13 tahun di rumahnya di Muar.

Syed Saddiq mulakan 'Langkah Muar', selesaikan larian 20km pagi ini
Beliau memaklumkan sudah berlari sejauh 20km dengan jumlah dana sebanyak RM10,000 berjaya diraih setakat jam 10 pagi tadi.

Pekebun didakwa sokong pengganas ‘IS’, miliki barang berunsur keganasan
Seorang pekebun didakwa atas pertuduhan menyokong dan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Islamic State (IS), sejak tahun lalu.

Jenazah Jaafar Onn dikebumi selepas maghrib
Jenazah Allahyarham Jaafar Onn dibawa pulang ke kediaman keluarganya di Kampung Tanjung Gading, di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.

#AgongKita: Roti canai lauk kambing santapan 'wajib' Agong di Muar
Bagi penduduk di sekitar Muar, Restoran HD di Jalan Maharani bukanlah asing terutama dalam kalangan penggemar roti canai dan nasi beriani.