SEREMBAN: Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang sebuah lori di KM257.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata Mohd Husaini Amir Harun, 29, dan adiknya Muhammad Amirul Syafiq Harun, 25, yang beralamat di Kampung Pengkalan Batu, Kuala Terenganu maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dalam kejadian pada pukul 7.05 pagi itu.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa sebuah lori jenis Hino membawa muatan makanan haiwan yang dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya dari arah Pulau Pinang menuju ke Melaka.
"Setibanya di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y16 yang ditunggang dua beradik dari arah lorong kecemasan itu mengubah haluan dan masuk ke lorong kiri sebelum melanggar bahagian belakang lori berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dua beradik itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Nanda berkata kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023
Dua beradik dalam kemalangan di KM257.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Seremban meninggal dunia di lokasi kejadian pagi tadi, sementara pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan. - Gambar hiasan
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Dua beradik maut nahas motosikal, MPV
Dua beradik maut apabila motosikal ditunggangi mereka terbabit dalam nahas dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran persimpangan lampu isyarat, di Ipoh.
Bapa sebak angkat dua jenazah anak dalam parit
Luluh hati seorang bapa apabila mengangkat dua jenazah anaknya yang ditemui lemas dalam parit di Jalan Jepun, Kampung Melaka, Tanjong Karang pada petang Jumaat.
Ibu hilang dua anak depan mata dalam perjalanan ziarah kubur suami
Luluh hati seorang ibu yang menyaksikan dua anaknya maut di depan mata dalam kemalangan di Jalan Lebuh SPA berhampiran Stadium Hang Jebat, Krubong, di sini, pada Isnin.
Pemandu treler rempuh rumah direman empat hari
Pemandu treler rempuh rumah direman empat hari
Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu bertembung dengan kereta yang datang dari arah bertentangan.
Dua beradik maut dalam kemalangan dengan lori simen
Kenderaan jenis Proton Ezora yang dipandu mangsa, Joll Mohamad, 56 tahun, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori simen.
Suspek kes langgar lari dua beradik direman empat hari
Kenderaan polis yang membawa suspek tiba di IPD Ipoh kira-kira jam 10 pagi sebelum suspek dibawa masuk ke dalam bilik untuk proses reman.
Tragedi menjelang Aidilfitri: Langgar lari, 2 beradik dalam perjalanan ke sekolah maut
Ahmad Zuhal Norazlan, 17, dan adiknya, Ahmad Marikh, 13, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kejadian langgar lari.
Pemandu treler didakwa pandu tak cermat hingga sebabkan kematian dua beradik
Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu tidak cermat sehingga mengakibatkan kematian dua beradik minggu lepas.
Jenazah dua beradik dikebumi sebelah pusara ibu
Allahyarham Mohd Husaini Amir dan Muhammad Amirul Syafiq dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tunggal.