Dua beradik lelaki maut selepas dipercayai dicederakan menggunakan parang dan bet besbol selepas menghadiri majlis sambutan hari lahir di sebuah pangsapuri di Seksyen 19, Petaling Jaya dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi, kedua-dua mangsa berusia 36 dan 44 tahun bersama lebih 20 tetamu dikatakan berkumpul dan minum minuman keras di sebuah khemah di bawah pangsapuri selepas majlis itu selesai.
Menurut sumber, kedua-dua mangsa kemudiannya dipercayai berselisih faham dengan tetamu lain sebelum berlaku pergaduhan antara mereka.
"Kebanyakan mereka yang berada di lokasi itu berada di dalam keadaan mabuk, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
"Polis turut menemui senjata parang dan bet besbol di lokasi kejadian," kata sumber itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurut Ku Mashariman, seramai tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40-an ditahan sejurus kejadian kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.
"Buat masa ini kesemua mereka sedang disoal siasat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2018

Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, menurut polis yang turut menemui senjata parang dan bet besbol di lokasi kejadian. - Gambar hiasan

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Polis masih siasat punca kematian pegawai perbendaharaan - Saifuddin Nasution
Lelaki berusia 45 ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dan hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah.

Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai di sini hari ini.

Polis sahkan penemuan rangka manusia rentung dalam kenderaan terbakar
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia rentung dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan tanah perkuburan Batu Tiga, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.

Suami maut ditikam isteri akibat selisih faham
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca seorang wanita menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di hadapan sebuah pangsapuri di kawasan Kajang, semalam.

Bunuh gelandangan, dua rakan terlepas hukuman mati
Dua rakan terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang lelaki gelandangan tanpa niat, tiga tahun lepas. H

Nahas helikopter: Bedah siasat mangsa nahas selesai petang ini - Polis
Bedah siasat ke atas jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi semalam, telah selesai hari ini.

Bedah siasat mangsa nahas helikopter dijalankan esok
Bedah siasat jurutera warga Indonesia yang maut dalam insiden helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di sini pagi tadi, akan dijalankan pada 11 pagi esok.

Nahas helikopter: Kedutaan Besar Indonesia serah sepenuhnya kepada Malaysia untuk siasat
Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden nahas helikopter pengangkut.