KUALA KETIL: Dua beradik tiri ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) pada Selasa.
Kejadian turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 1 minit 2 saat yang menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan sebatang besi pemukul golf dari dalam kereta sebelum melibas ke arah orang ramai.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, kedua-duanya yang berusia 19 dan 27 tahun itu dikatakan telah menimbulkan kekecohan di pekarangan PPV.
Menurutnya, dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, suspek telah datang ke PPV dan memandu secara melulu serta mempamerkan aksi drift.
"Pergaduhan disyaki berlaku apabila suspek ditegur namun tidak berpuas hati sebelum menimbulkan provokasi.
"Pergaduhan turut berlaku antara suspek dan orang awam di mana salah seorang suspek telah mengeluarkan besi pemukul golf dan membuat ugutan jenayah kepada seorang lelaki yang terlibat untuk meleraikan pergaduhan," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Menurutnya, pergaduhan telah dileraikan dengan kehadiran anggota polis yang bertugas di PPV bersama orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Beliau berkata, seorang suspek telah ditahan di tempat letak kereta PPV dengan sebatang besi pemukul golf dirampas.
"Seorang lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Kampung Ladang Kupang, Baling pada jam 2.40 petang bersama sebuah kereta jenis Proton Saga turut dirampas," katanya.
Kamarulzaman berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam pergaduhan di PPV dan memandu secara berbahaya.
"Salah seorang suspek telah mengaku mengambil besi pemukul golf dari kereta untuk dijadikan senjata untuk menakutkan dan melibaskan ke arah orang ramai, dia juga mengaku dalam keadaan mabuk semasa kejadian," katanya.
Beliau menjelaskan, motif kejadian masih dalam siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar, Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan, Kakisan dan Senjata Merbahaya dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 07 2021

Tangkap layar menerusi video tular di media sosial tentang pergelutan di PPV UniSHAMS pada Selasa. -Foto Sinar Harian

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Dua beradik tiri bergaduh di PPV ditahan
Dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, suspek telah datang ke PPV dan memandu secara melulu serta mempamerkan aksi drift.