JOHOR BAHRU: Ibu dan anak merupakan antara tiga individu yang ditahan dipercayai terlibat sindiket pengedaran dadah, membabitkan rampasan bernilai RM1.23 juta dalam serbuan sekitar daerah ini dan Iskandar Puteri pada 10 hingga 14 Jan lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 61 tahun dan anak lelaki berusia 40 tahun serta seorang rakan lelaki berusia 59 tahun itu, ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor dalam satu operasi khas.
Beliau berkata ketiga-tiga individu itu dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dalam pasaran tempatan, semenjak Oktober tahun lepas.
"Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan sebuah pangsapuri yang disewa di sini sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedar ke pasaran tempatan.
"Malah, sindiket yang dipercayai didalangi lelaki berusia 40 tahun itu, turut melakukan kerja-kerja memproses dan membungkus dadah tersebut," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata rampasan dadah bernilai RM1.23 juta itu antaranya melibatkan sebanyak 16.47 kilogram serbuk ekstasi, 7.77 kilogram ganja dan 1.77 gram syabu.
Kamarul Zaman berkata polis turut merampas pelbagai peralatan mencetak pil ekstasi termasuk pencetak, pengisar, penimbang, loyang, penapis dan lima butir peluru hidup.
Sementara itu, beliau berkata hasil siasatan mendapati, lelaki berusia 40 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai 46 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah selain dikehendaki dalam enam kes membabitkannya.
Beliau berkata tahanan reman ketiga-tiga individu tersebut disambung sehingga 23 Jan setelah ditahan seminggu sejak 11 Jan lepas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024

Kamarul Zaman (tiga, kanan) bersama pegawai yang bertugas menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas pada sidang media berhubung tangkapan sindiket pengedaran dadah, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. - Foto Bernama

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Polis tumpas sindiket edar dadah guna peket minuman segera
Operasi melibatkan tujuh serbuan berasingan termasuk sebuah rumah teres dan tiga kondominium yang dijadikan stor penyimpanan dadah.

Polis rampas dadah RM3.68 juta, dua ahli sindiket ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah serta merampas dadah bernilai RM3.68 juta dalam operasi khas di daerah ini minggu lepas.

Polis tahan tujuh individu, rampas dadah, sitaan bernilai RM1.3 juta
Polis Pulau Pinang menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam.

Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.

Tiga disyaki "tokan dadah" diberkas di Teluk Intan
Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah diberkas dalam satu serbuan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Teluk Intan, Sabtu lepas.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Polis rampas dadah bernilai hampir RM3 juta, enam ditahan
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan enam individu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM3 juta dalam beberapa serbuan di Butterworth dan di sini

Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan
Pemborong dadah terbesar di Johor tumpas, 7 ditahan

Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM200,000
Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah, dan merampas heroin serta ganja bernilai lebih RM200,000 dalam tiga serbuan di sini baru-baru ini.

Polis Johor tumpas sindiket dadah guna peranti vape
Polis merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM2.827 juta, serta menahan dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan berumur 27 hingga 44 tahun antara pukul 6.45 petang hingga 4 pagi.