BANGKOK: Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
Beregu muda negara Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian menjadi wakil pertama negara mara ke suku akhir selepas mudah menewaskan pasangan Thailand,Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-Nga 21-17, 21-10 dalam 33 minit.
Pasangan ranking ke-28 dunia itu akan berdepan Lu Ming Che-Tang Kai Wei bagi perebutan tiket ke separuh akhir esok selepas beregu Taiwan itu menewaskan wakil Korea Selatan, Kim Young Hyuk-Wang Chan 23-21, 18-21 and 21-14.
Beregu negara semakin meningkat Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King menjadi pasangan kedua negara layak ke suku akhir menerusi kemenangan ke atas pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard 21-14, 21-13.
Wan Arif-Roy King yang menghuni ranking ke-64 dunia akan membuat perhitungan dengan pasangan nombor tiga dunia dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada aksi suku akhir esok.
Pilihan utama kejohanan dari India itu yang juga juara Sukan Asia Hangzhou 2022 tidak menghadapi masalah untuk melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengatasi gandingan China Xie Hao Nan-Zeng Wei Han 21-16 and 21-11.
Ketika ditemui selepas perlawanan, Wan Arif berkata mereka akan bermain mengikut perancangan permainan dan tidak akan meletakkan diri mereka terlalu tertekan untuk perlawanan esok.
"Kami bukan pilihan menentang pasangan pilihan utama dan merekalah yang sepatutnya berasa tertekan. Jadi kami hanya mahu menikmati permainan dengan kurang melakukan kesilapan semoga mudah-mudahan cukup untuk memenangi perlawanan itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkongsi harapan mereka untuk memasuki sekurang-kurangnya separuh akhir dalam setiap kejohanan yang disertai dan ia masih sama untuk kejohanan kali ini.
Bagaimanapun, Hon Jian berkata mereka akan meneruskan corak permainan serangan terhadap Ming Che-Kai Wei pada suku akhir esok.
"Kami sentiasa lebih mengutamakan permainan menyerang berbanding bertahan dan itu adalah pelan permainan. Kami berharap dapat memasuki separuh akhir untuk membawa momentum pada Malaysia Masters minggu depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian menjadi wakil pertama negara mara ke suku akhir selepas mudah menewaskan pasangan Thailand,Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-Nga 21-17, 21-10 dalam 33 minit. - Gambar fail/Bernama

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Zii Jia juara Terbuka Thailand 2024
IMPIAN pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk merangkul gelaran pertama tahun ini tercapai setelah dinobatkan sebagai juara Terbuka Thailand 2024 di Bangkok sebentar tadi.

Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.

Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.

Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.

Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir
Ia selepas pemain perseorangan lelaki, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao, dikecewakan dalam 'straight set' oleh lawan masing-masing.

Tze Yong, Jun Hao mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong dan Leong Jun Hao berjaya mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2023 di Stadium Tertutup Huamak, hari ini.

Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan
Pemain badminton perseorangan negara Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023.

Lee Zii Jia juara Terbuka Thailand
Zii Jia menewaskan pemain China, Li Shi Feng menerusi tiga set dengan kutipan mata 17-21, 21-11, 23-21.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Terbuka Thailand: Pertembungan antara pemain Malaysia di separuh akhir, Zii Jia bakal berdepan Daren
Perseorangan Malaysia Lee Zii Jia terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia.