SEMPORNA: Seorang lelaki warga asing disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital di sini selepas terjatuh di laut selepas bot dikendalikannya dilanggar sebuah bot tambang berdekatan perairan Jeti Balimbang, Pulau Bum Bum di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata ketika kejadian pada 7.20 malam itu mangsa berusia 50 tahun mengendalikan sebuah bot kecil serta tidak berlampu sebelum dilanggar sebuah bot tambang dinaiki tujuh penumpang.
"Pada 8.31 malam, polis bertugas di Balai Polis Pulau Bum Bum menerima laporan berhubung kejadian iaitu mangsa menaiki sebuah bot dari arah Pulau Bum Bum menuju ke Pekan Semporna sementara bot tambang dikendalikan seorang lelaki warga asing berusia 20 tahun itu dari Pekan Semporna ke Pulau Bum Bum.
Impak pelanggaran itu, bot mangsa pecah di bahagian belakang serta enjin bot jatuh ke laut termasuk mangsa, dan penumpang bot tambang bertindak pantas menyelamatkan mangsa, setelah kejadian itu mangsa dibawa ke hospital namun lebih sejam kemudian mangsa yang mengalami kecederaan lebam di perut selain di lengan kanan disahkan meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu katanya polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan berhubung kejadian itu, selain juragan bot tambang berkenaan ditahan pada hari sama kejadian dan direman selama empat hari sehingga 10 Mei ini bagi membantu siasatan.
Sementara itu Mohd Farhan berkata orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat kes Insp Muhammad Nur Faez Hazreeq dengan menghubungi talian 089-781222 atau tampil ke balai polis berdekatan.
Di samping itu, Mohd Farhan turut mengingatkan pemilik bot atau juragan supaya memastikan keselamatan bot terjamin termasuk memasang lampu bot pada waktu malam serta menyediakan jaket keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022

Seorang lelaki warga asing disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital di sini selepas terjatuh di laut selepas bot dikendalikannya dilanggar sebuah bot tambang berdekatan perairan Jeti Balimbang, Pulau Bum Bum semalam. - Foto Sinar Harian

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dua maut bot berlanggar di Semporna
Kedua-dua mangsa warga asing disahkan meninggal dunia selepas terhumban ke laut sebelum ditemui lemas oleh orang awam.

Dua hilang, seorang parah bot berlanggar
Dua penumpang dikhuatiri lemas manakala seorang parah dan seorang lagi selamat selepas bot yang mereka naiki dilanggar sebuah bot lain dalam kejadian di perairan Pulau Sebangkat.

Bot berlanggar: Pemancing hilang ditemukan mati, tersangkut di pukat
Pemancing yang dilaporkan hilang selepas pelanggaran dua bot di Kampung Sungai Sembayong, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, petang semalam, ditemukan mati tersangkut di pukat bot nelayan, petang tadi.

Dua bot berlanggar, seorang pemancing dikhuatiri lemas
Seorang pemancing dikhuatiri lemas manakala dua yang lain selamat dalam pelanggaran dua buah bot di Jalan Kerisi, Kampung Sungai Sembayong petang tadi.

Dua bot berlanggar di Semporna, juragan maut
Mangsa berusia 50 tahun mengendalikan sebuah bot kecil serta tidak berlampu sebelum dilanggar sebuah bot tambang dinaiki tujuh penumpang.

Bot pelancong berlanggar di Kuala Besut bawa penumpang berlebihan - Jabatan Laut
Keadaan itu menyebabkan bot pelancong tersebut sukar dikawal apabila berlaku pelanggaran, selain turut dipengaruhi faktor cuaca.

Dua bot berlanggar: Nelayan hilang, dua anak selamat
Operasi pencarian sejak pagi melibatkan tiga bot aluminium JBPM dan masing-masing sebuah bot Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Marin.

Bot karam: 6 termasuk kanak-kanak lemas di Sungai Serusup
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, seramai 24 orang lagi selamat dan dihantar ke Hospital Tuaran untuk rawatan.