PUTRAJAYA: Kali pertama anjurannya adalah pada 2003, dan dua dekad kemudian iaitu pada 2023, Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan untuk segenap lapisan masyarakat dan pemimpin berkumpul untuk meraikannya.
Dalam tempoh 20 tahun itu, Putrajaya telah berjaya menganjurkan empat sambutan Hari Kebangsaan iaitu pada 2003, 2005, 2018 dan 2019, dan tahun ini ialah edisi kelimanya.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 pada bulan lepas dilaporkan berkata, sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini akan gah seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan di Putrajaya. Insya-Allah sambutan tahun ini tidak kurang gahnya berbanding tahun-tahun lepas dan sudah pasti menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat," kata Fahmi.
Signifikannya tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66 itu, Putrajaya yang merupakan pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan kini ditadbir Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tahun ini, "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" diangkat sebagai tema HKHM 2023 yang menjadi aspirasi tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.
Konsep Malaysia MADANI yang digagaskan Perdana Menteri bakal diterjemah dalam segenap aspek sambutan termasuk persembahan tarian dan nyanyian, aksi akrobatik oleh pasukan keselamatan sehinggalah perarakan kontinjen.
Malaysia MADANI yang diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan diperkenalkan sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.
Ketika Putrajaya, yang dahulunya dikenali sebagai Prang Besar sebelum menjadi pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan pada 1995, pertama kali menjadi tuan rumah pada 2003, "Keranamu Malaysia" diangkat sebagai tema sambutan dan begitu juga pada 2005 apabila tema yang sama masih digunakan ketika menganjurkannya buat kali kedua.
Pada 2003, pertama kali perarakan Hari Kebangsaan berlangsung di Putrajaya bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-46 yang melibatkan kira-kira 23,000 peserta, 63 kontinjen, 22 pancaragam, 18 kereta berhias, 20 pesawat dan 312 kenderaan.
Tiga belas tahun selepas edisi kedua dianjurkan pada 2005, Putrajaya kembali menjadi tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan 2018 bertemakan "Sayangi Malaysiaku", dan ia merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama buat kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).
Putrajaya sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah bagi Hari Kebangsaan setahun selepas itu iaitu pada 2019 dengan tema "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" diangkat sebagai aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, cekap dan amanah.
Bersesuaian dengan tema sambutan pada 2019 itu, persembahan khas Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih menampilkan analogi sifat anai-anai sebagai simbolik kejelikan jenayah rasuah serta rakyat Malaysia yang tidak rela membiarkan negara hancur akibat jenayah itu. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
![Dua dekad berlalu, Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan Hari Kebangsaan Dua dekad berlalu, Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693195431_HariKebangsaan.jpg)
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan untuk segenap lapisan masyarakat dan pemimpin berkumpul untuk meraikannya pada 31 Ogos ini. - Gambar BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Hari Kebangsaan: 50 aset ATM, pasukan keselamatan terlibat dalam pertunjukan udara Hari Kebangsaan: 50 aset ATM, pasukan keselamatan terlibat dalam pertunjukan udara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693199065_HariKebangsaan.jpg)
Hari Kebangsaan: 50 aset ATM, pasukan keselamatan terlibat dalam pertunjukan udara
Antara aset ATM ialah pesawat Sukhoi Su-30MKM; F/A-18D Hornet dan BAE Hawk; pesawat pengangkut A400M; dan C130 Hercules termasuk helikopter dari TLDM.
![Dua dekad berlalu, Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan Hari Kebangsaan Dua dekad berlalu, Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693195431_HariKebangsaan.jpg)
Dua dekad berlalu, Putrajaya sekali lagi hoskan sambutan Hari Kebangsaan
Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya pada 31 Ogos ini akan gah seperti tahun-tahun sebelumnya.
![Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692862132_MazlanAbdMutalib.jpg)
Hari Kebangsaan 2023: Telco diarah tingkat kelajuan internet
Penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah diarahkan untuk meningkatkan kelajuan perkhidmatan Internet pada hari kemuncak dan lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya pada 31 Ogos ini.
![Dron di kawasan persiapan, sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang - CAAM Dron di kawasan persiapan, sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang - CAAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672278574_Dron.jpg)
Dron di kawasan persiapan, sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang - CAAM
Larangan itu bagi mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat TUDM yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan.
![Polemik logo, tema Hari Kebangsaan 2023 'childish' - KJ Polemik logo, tema Hari Kebangsaan 2023 'childish' - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682739876_KhairyJamaluddin.jpg)
Polemik logo, tema Hari Kebangsaan 2023 'childish' - KJ
Konflik logo dan tema Hari Kebangsaan 2023 juga menjadi bukti berlaku perpecahan di negara ini, kata KJ.
![Posmen 'duta kecil' semarakkan semangat patriotik Posmen 'duta kecil' semarakkan semangat patriotik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692309050_konvoiposmen.jpg)
Posmen 'duta kecil' semarakkan semangat patriotik
Ia dizahirkan melalui inisiatif oleh kakitangan posmen yang meletak dan melekatkan Jalur Gemilang pada motosikal mereka.