PUTRAJAYA: Dua diplomat Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang dipanggil pulang akan ditempatkan di Wisma Putra sebelum diberikan penugasan baharu dan bukan di 'pool' Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.
Beliau berkata dakwaan seperti yang tular di media sosial bahawa dua diplomat itu diletakkan di 'pool' JPA dan istilah 'cold storage' (dipetisejukkan) adalah tidak tepat dan tidak berlaku, sebaliknya mereka akan diberi kursus meningkatkan kemahiran apabila pulang.
Wisma Putra dalam kenyataan semalam (11 April) berkata Duta Besar Malaysia ke UAE dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai dipanggil pulang ke Kementerian Luar (KLN) setelah gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke UAE pada 29 hingga 31 Mac lalu.
"Penempatan semula duta-duta untuk menjalani kursus itu merupakan perkara biasa di KLN," kata Mohd Shafiq dalam perjumpaan bersama media di sini hari ini, serta menambah terdapat 107 perwakilan Malaysia kini ditempatkan di luar negara.
Mohd Shafiq juga menjelaskan tiada istilah 'cold storage' dalam perkhidmatan awam kerana penjawat awam yang dipanggil balik sementara menunggu penempatan baharu akan diberi kursus bagi meningkatkan kemahiran selain gaji mereka masih berjalan.
"Mereka dibayar gaji, gaji tidak dipotong dan diberi tugasan serta kursus. Dalam perkhidmatan orang pergi kursus dibayar gaji. Interpretasi 'cold storage' dalam kalangan masyarakat itu berbeza-beza dan harus diperbetulkan," katanya.
Beliau berkata penempatan baharu bukanlah perkara negatif apabila diletakkan dalam sistem 'pool' sementara menunggu penempatan baharu.
"Penjawat awam bersedia ditukarkan dan itu adalah antara ikrar perkhidmatan awam iaitu 'berkhidmat tanpa rasa takut atau berkepentingan'," katanya.
Mohd Shafiq berkata sebanyak 29 perjawatan perwakilan yang masih belum diisi yang mana tanggungjawab itu kini digalas kuasa usaha sementara (charge d'affaires) dan perkara tersebut sedang dibincangkan dengan Ketua Setiausaha KLN Tan Sri M. Shahrul Ikram Yaakob bagi pengisian segera.
Menurutnya, antara faktor yang menyebabkan pengisian semula tidak dapat dilakukan adalah kebanyakan pegawai telah pencen dan juga pandemik COVID-19 yang menyebabkan penghantaran diplomat tidak dapat dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
![Dua diplomat dipanggil pulang ditempatkan di Wisma Putra Dua diplomat dipanggil pulang ditempatkan di Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647532963_WismaPutra.jpg)
Dua diplomat yang dipanggil pulang bukan akan 'dipetisejukkan' tetapi akan ditempatkan di Wisma Putra (gambar) sebelum diberi penugasan baharu. - Gambar fail
![JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0 JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793240_TBJDT.jpg)
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
![Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin” Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793021_TBMohammadMustafa.jpg)
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
![Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723452979_IbuKotaNusantara.jpg)
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
![Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738792621_TBpasarkeramat.jpg)
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.
![Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735195919_wismaputra.jpg)
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
![Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737450185_Afireataskireso.jpg)
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran hotel di Turkiye - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban dalam kebakaran di Hotel Grand Kartal, Pusat Peranginan Ski di Kartalkaya, Turkiye.
![PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
![Najib mengaku guna bantuan Jho Low Najib mengaku guna bantuan Jho Low](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736747113_NajibRazak.jpg)
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.
![Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730929446_PrabowoSubianto.jpg)
Prabowo adakan lawatan kerja rasmi ke Malaysia
Lawatan ini juga diharap dapat memperkukuh lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara.
![Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706688348_wismaputra.jpg)
Wisma Putra pantau kebakaran hutan di Los Angeles; tiada rakyat Malaysia terjejas setakat ini
Kementerian Luar Malaysia - melalui Konsulat Jeneral di Los Angeles, Amerika Syarikat - sedang memantau dengan teliti kebakaran hutan di Los Angeles.
![Anwar raikan PM Singapura dalam satu majlis makan malam Anwar raikan PM Singapura dalam satu majlis makan malam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736177969_AnwarIbrahimLawre.jpg)
Anwar raikan PM Singapura dalam satu majlis makan malam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong dalam satu majlis makan malam di Rumah Tangsi, di sini.
![Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734922444_BeitLahiya.jpg)
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan dan bersasar oleh rejim Zionis Israel ke atas orang awam di Gaza.
![Malaysia teguh pertahankan prinsip dasar luar Malaysia teguh pertahankan prinsip dasar luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729680548_TBTokMat.jpg)
Malaysia teguh pertahankan prinsip dasar luar
Malaysia kekal teguh dalam mempertahankan prinsip dasar luar yang mementingkan ekonomi terbuka, keamanan dan berkecuali sambil menolak sebarang bentuk ketidakadilan.