KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai RM33.65 juta, Ahad lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata suspek berusia 32 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 3.50 petang di sebuah kondominium mewah di Sentul di sini, dengan mereka dipercayai berperanan sebagai pembungkus dan penghantar dadah berkenaan kepada pelanggan.
"Pemeriksaan di unit kondominium itu menemukan 13 balang mengandungi serbuk berwarna ungu dipercayai jus dadah jenis MDMA serta 499 pek plastik hijau berisi serbuk jus MDMA yang dianggar seberat 213.4 kilogram.
"Dadah terlibat dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang terutamanya di pusat hiburan yang dijual pada harga antara RM300 hingga RM600 setiap paket dengan jumlah keseluruhan dadah dirampas boleh digunakan 700,000 orang," katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Khaw berkata siasatan mendapati kondo itu disewa pada kadar RM2,000 sebulan untuk menyimpan dadah, manakala dua suspek terlibat dibayar RM3,000 seorang untuk melakukan kerja berkaitan dadah tersebut.
Siasatan awal juga mendapati dua suspek itu masing-masing mempunyai 10 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah serta jenayah dan mereka kini direman tujuh hari sehingga 2 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Khaw berkata pihaknya percaya sindiket pengedaran dadah itu aktif beroperasi sejak awal Januari tahun ini.
"Kita sedang giat menyiasat dalang yang memproses serbuk MDMA itu selain sedang meneliti dari mana sumber bekalan dadah tersebut diperolehi dan dibawa masuk ke dalam negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 28 2024
Suspek berusia 32 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan pukul 3.50 petang di sebuah kondominium mewah di Sentul.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
Dadah bernilai AS$9.2 juta dirampas di Sydney
NSW Australia merampas kira-kira 12 kilogram (kg) heroin dan 16 kg MDMA di Sydney.
Sembilan termasuk warga asing ditahan bersama dadah bernilai RM274,482
Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan sembilan individu termasuk enam warga asing dalam siri serbuan di sekitar negeri itu dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai
18 pengunjung premis hiburan ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Seramai 18 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama, Brickfields di sini ditahan pada awal pagi tadi kerana dipercayai terlibat dalam pelbagai penyalahgunaan dadah.