Polis menahan dua individu kerana menghina agama Islam berkaitan kematian Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Facebook.
Pengesahan penangkapan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam posting terbaru di akaun Twitternya pada Isnin.
Dalam sebuah sidang media selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman pagi ini, Tan Sri Khalid berkata, dua orang tersebut telah ditahan di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, seorang lagi akan ditahan di Ipoh.
Allahyarham Datuk Dr Haron selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Five Pillars, California, Amerika Syarikat pada 5.57 petang Jumaat waktu tempatan selepas selesai solat jenazah yang diimamkan anaknya, Hamdi di Masjid An Noor Santa Clara, San Francisco.
Allahyarham meninggal dunia pada 10.10 pagi Jumaat waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco akibat komplikasi jantung.
Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.
Astro Awani
Mon Sep 19 2016

Tan Sri Khalid berkata, seorang suspek ditahan di Ipoh, manakala seorang lagi di Shah Alam. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.

'Kartel perolehan' TLDM: Dua lagi individu ditahan
Menurut sumber, kedua-dua lelaki berusia 42 dan 55 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Johor, kira-kira jam 4 petang tadi.

Dua ditahan susulan kenyataan di Facebook berkaitan kematian Haron Din - KPN Khalid
Pengesahan penangkapan itu dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam posting terbaru di akaun Twitternya pada Isnin.