KUALA LUMPUR: Dua dokumentari Malaysia berjaya disenaraikan di bawah program Memory of the World Committee for Asia and the Pacific (MOWCAP) Regional Register yang merupakan pengiktirafan tertinggi di peringkat Asia Pasifik bagi kategori manuskrip dan dokumentari warisan.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan semalam memaklumkan dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar (Surat Persendirian Baginda Omar).
Menurut MOTAC, keputusan pengiktirafan manuskrip itu diumumkan oleh Setiausaha Agung MOWCAP Regional Register Linh Anh Moreau pada 8 Mei lepas semasa sesi Mesyuarat Agung MOWCAP ke-10 di Ulaanbaatar, Mongolia.
"Pembentangan akhir dibuat wakil Jabatan Warisan Negara (JWN) semasa mesyuarat dan mendapat rekomendasi pihak Register Sub-Committee (RSC) iaitu badan penasihat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebelum ia disokong 23 negara anggota MOWCAP Regional Register," menurut kenyataan itu.
MOTAC menjelaskan At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar (Surat Persendirian Baginda Omar) disenaraikan bersama 18 pencalonan dari negara anggota MOWCAP Regional Register.
At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State ialah karya historiografi yang mengandungi sejarah asal-usul kesultanan dan pembentukan negeri Kedah yang turut mengetengahkan evolusi karya pensejarahan oleh penulis istana Kesultanan Melayu Kedah pada awal kurun ke-12.
Sementara itu, The Royal Correspondence of Baginda Omar (Surat Persendirian Baginda Omar) merupakan koleksi dokumen rasmi dan persendirian yang merekodkan peristiwa penting dalam sejarah Terengganu.
Menurut kenyataan itu, selain dapat memberikan promosi dan meningkatkan kebolehlihatan Malaysia di peringkat antarabangsa, pengiktirafan berkenaan juga memperlihatkan komitmen negara dalam melindungi dokumentari warisan yang merupakan aset sejarah yang penting serta lambang identiti bangsa.
"Pengiktirafan ini juga akan dapat mengukuhkan lagi hubungan serta jaringan kerjasama antara Malaysia, pihak MOWCAP dan negara anggota yang lain dalam hal-hal berkaitan pemeliharaan dan perlindungan manuskrip dan dokumentari warisan," menurut kenyataan itu.
Malaysia secara keseluruhannya telah berjaya menyenaraikan sembilan dokumentari warisan di bawah program Memory of the World iaitu enam di bawah International Register yang berpusat di UNESCO Paris dan tiga di bawah Regional Register yang berpusat di Seoul, Republik Korea.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Pengiktirafan berkenaan memperlihatkan komitmen negara dalam melindungi dokumentari warisan yang merupakan aset sejarah yang penting serta lambang identiti bangsa. - Foto Facebook MOTAC
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.