ALOR SETAR: Dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling akan dibina secepat mungkin bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengenal pasti lokasi bagi pembinaan empangan itu yang sebelum ini dibina di kaki Gunung Jerai, Yan.
"Di Gunung Inas, JPS beritahu nak bina dua empangan sabo, akan dibuat majlis pecah tanah secepat mungkin bagi pembinaan empangan pertama untuk memperlahankan aliran air dan menahan reba-reba kayu daripada menghentam orang ramai," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas langkah pemulihan kerosakan kawasan hutan di Gunung Jerai ekoran aktiviti ladang hutan dan kesan bencana aliran puing pada 4 Julai lepas.
Muhammad Sanusi juga berkata kesan kerosakan akibat aliran puing di gunung itu, jika dipulihkan sekalipun dengan ditanam semula pokok hutan, akan terus menjadi laluan air pada masa akan datang.
Katanya apa yang boleh dilakukan di kawasan itu ialah membina empangan sabo bagi memperlahankan aliran air.
Beliau berkata insiden hutan yang terjejas dan menjadi laluan air bukan hanya berlaku di Gunung Inas tetapi juga di kawasan lain.
"(Kawasan) Yang sudah ditebang atau dibalak, 30 tahun (lagi) ia akan jadi hutan balik, di tempat lain pun kalau kawasan hutan itu sudah jadi laluan air, bentuk muka buminya akan kekal macam itulah," katanya.
Bencana banjir dan aliran puing yang berlaku pada 4 Julai lepas meragut tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil empat bulan serta menjejaskan 12 kampung sekitar Daerah Baling.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengenal pasti lokasi bagi pembinaan empangan itu yang sebelum ini dibina di kaki Gunung Jerai, Yan. - Gambar fail/BERNAMA

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Empangan Sabo di Yan siap 50 peratus, bakal minimakan impak kejadian kepala air
Empangan Sabo di Yan kini telah 50 peratus pembinaannya dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Jun 2023.

Tragedi kepala air: KASA cadang bina empangan kecil di kawasan berbukit
Konsep Empangan Sabo banyak digunakan di Jepun dan beberapa negara seperti Thailand dan Indonesia.