BUKIT MERTAJAM: Dua jurutera lelaki "berputih mata" apabila wang simpanan mereka sebanyak RM251,620 lesap ditipu sindiket penipuan dalam talian dalam kejadian berasingan di Seberang Perai Tengah, di sini minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata dalam kejadian pertama, seorang jurutera sebuah kilang di Kulim, Kedah yang tinggal di Machang Bubok di sini mendakwa kerugian RM126,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja tidak wujud dan membuat laporan polis pada 22 Mac lepas.
"Lelaki berusia 41 tahun itu pada mulanya melihat iklan kerja sambilan di Facebook sebagai "data entry" pada 18 Mac dan mangsa kemudiannya menekan pautan diberikan sebelum berhubung melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek yang kemudiannya memberi tugasan yang perlu dibuat kepadanya.
"Mangsa mendakwa diarah membuka aplikasi YouTube dan mencari nama halaman yang diberikan sebelum perlu "like" (tanda suka) serta "subscribed" (melanggan) seterusnya "screenshot" (tangkap layar) tugasan yang selesai dibuat sebelum dibayar RM10 bagi setiap tugasan.
"Lelaki itu mendapat RM50 bagi lima tugasan pertamanya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa juga dijanjikan komisen sebanyak 20 peratus bagi setiap tugasan namun dia perlu membayar sejumlah duit terlebih dahulu kepada sindiket itu bagi mendapatkannya dan mangsa yang percaya telah melakukan sebanyak 10 transaksi pindahan wang ke tujuh akaun berbeza membabitkan jumlah RM126,000 sejak 18 hingga 22 Mac.
Tan berkata setelah wang itu dimasukkan, mangsa bagaimanapun tidak menerima sebarang komisen yang dijanjikan dan percaya telah menjadi mangsa sindiket penipuan lalu membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Beliau berkata jurutera kedua yang berusia 27 tahun pula mendakwa kerugian RM125,620 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan cabutan bertuah yang tidak wujud dengan menawarkan hadiah sebanyak RM326,000 dalam kejadian 17 Mac lepas.
"Mangsa yang tinggal di Bukit Tengah pada mulanya menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri dari sebuah syarikat di Hong Kong dan meminta mangsa meneka lagu untuk memenangi hadiah cabutan tersebut," katanya.
Beliau berkata suspek kemudian menghubungi mangsa sekali lagi sebelum memaklumkan mangsa memenangi cabutan bertuah tersebut namun perlu membayar sejumlah wang bagi proses pendaftaran akaun.
Menurut Tan mangsa yang percaya dan teruja kerana memenangi sejumlah besar wang telah melakukan pemindahan ke tiga akaun berbeza sebanyak RM125,620 dan dia hanya menyedari menjadi mangsa tipu selepas suspek meminta tambahan RM50,000 lagi daripadanya dan pada ketika itu mangsa telah kehabisan wang.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket tersebut dan kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023
Dua jurutera lelaki "berputih mata" apabila wang simpanan mereka sebanyak RM251,620 lesap ditipu sindiket penipuan dalam talian dalam kejadian berasingan di Seberang Perai Tengah, minggu lepas. -Gambar hiasan
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Belgium anggap Inisiatif Autonomi Maghribi sebagai asas baik untuk penyelesaian bersama
Pendekatan konstruktif Belgium ini selaras dengan momentum antarabangsa yang dipacu oleh Raja Maghribi, Raja Mohammed VI.
ASEAN perlu bertindak segera tangani krisis kemanusiaan di Myanmar - MAPIM
MAPIM menggesa ASEAN bertindak pantas memastikan kestabilan serantau dan memberikan bantuan kemanusiaan, kerana ia tidak boleh dipandang remeh.
[TERKINI] Ada unsur provokasi sebelum tembakan dilepaskan - Polis
Polis Selangor mengesahkan terdapat provokasi dilakukan sekumpulan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia hingga menyebabkan seorang maut manakala empat lagi cedera selepas ditembak pasukan penguatkuasaan negara di perairan Tanjung Rhu, Banting.
[TERKINI] Dua lelaki Indonesia bantu hantar mangsa tembakan dikesan
Polis Selangor memburu dua lelaki warga Indonesia yang dipercayai menghantar tiga daripada empat pendatang asing tanpa izin (PATI) ke hospital di Serdang selepas cedera dalam tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting pada 24 Januari lalu.
Protes di kedutaan Malaysia susulan pekerja Indonesia ditembak mati
Bantahan di hadapan kedutaan malaysia di indonesia itu berlaku sehari selepas pihak berkuasa Indonesia di wilayah Riau menerima mayat seorang pekerja asing berusia 50 tahun yang maut ditembak oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana didakwa menceroboh.
Metro Riyadh beri penyelesaian isu kesesakan trafik
Sistem Metro baharu Riyadh menyediakan alternatif yang lebih pantas dan berpatutan selain memandu melalui jalan raya yang sesak di bandar itu.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Metro Riyadh terdiri daripada enam laluan sepanjang 176 kilometer, menghubungkan semua bandar dan mengurangkan masa perjalanan.
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
Imej negara tercalar angkara sindiket penipuan
Mohd Yusof Abdul Rahman berkata kewujudan sindiket antarabangsa itu membuktikan jenayah 'scammer' semakin kritikal.