BANDAR HILIR: Dua beradik maut manakala ibu mereka kritikal selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Plaza Mahkota Melaka, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dan adiknya berusia dua tahun empat bulan disahkan maut selepas dipercayai terhidu asap ketika berada di bilik sewa mereka di blok bangunan itu.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati terdapat saksi-saksi yang turut berada di dalam blok bangunan berkenaan sempat menyelamatkan diri selepas menyedari asap tebal masul ke dalam bilik mereka.
“Bangunan tiga tingkat ini dijadikan bilik sewa di tingkat dua dan tiga yang mana pemilik bangunan juga turut menjalankan perniagaan pelekat di tingkat bawah blok bangunan tersebut.
“Ketika kejadian tiga beranak ini berada di bilik sewa mereka di tingkat tiga bangunan yang mana mereka dipercayai terperangkap sebelum berjaya dibawa keluar oleh pasukan bomba ke Hospital Melaka dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut katanya, bangunan tiga tingkat itu mempunyai 21 bilik sewa dan hanya enam berpenghuni, bagaimanapun tiada mangsa lain terlibat dipercayai mereka tiada di dalam bilik sewa dan keluar bekerja.
Selain itu, ibunya yang berusia 40 tahun kini masih menerima rawatan di Hospital Melaka dan berada dalam keadaan kritikal.
Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.33 tengah hari sebelum jentera daripada empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi kejadian.
Katanya, siasatan pihaknya mendapati kebakaran dipercayai bermula daripada ruang pejabat yang berada di tingkat satu sebelum asap tebal merebak ke bilik-bilik sewa di tingkat dua dan tiga.
“Sejurus menerima maklumat menerusi panggilan 999, kita terus menggerakkan kira-kira 40 pegawai dan anggota ke lokasi kejadian dan sehingga kini kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.
“Kita percaya mangsa-mangsa yang terlibat ini mengalami sesak nafas akibat terhidu asap tebal dan kita juga berdepan sedikit kesukaran yang mana api telah merebak dan setiap tingkat bangunan ini dipenuhi asap,” katanya ketika ditemui di sini.
Mengulas lanjut katanya, buat masa ini punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jul 11 2024
Anggota bomba menggunakan skylift ketika operasi memadamkan kebakaran di bangunan tingkat tiga, Plaza Mahkota Melaka, Banda Hilir, Melaka pada petang Khamis. - Foto Astro AWANI
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal dalam kebakaran rumah kedai
Dua kanak-kanak maut manakala ibunya kritikal dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap tebal di sebuah bilik sewa di Plaza Mahkota Melaka pada petang Khamis.
Kanak-kanak perempuan antara tiga maut dalam kemalangan di Kuala Krai - Bomba Kelantan
Seorang kanak-kanak perempuan antara tiga disahkan maut dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua kereta di Kuala Krai.