KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) dijangka akan siap dan diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), pada pertengahan dan hujung tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, walaupun projek itu mengalami kelewatan daripada jadual yang sepatutnya, iaitu pada Mac dan Oktober tahun ini, tiada tambahan kos akan dikenakan terhadap kontrak itu.
"Pada masa ini, peratus kemajuan keseluruhan pembinaan ketiga-ketiga OPV APMM ialah sebanyak 74.62 peratus dan pihak syarikat pembina, komited untuk menyerahkan dua buah kapal OPV pada tahun ini, manakala kapal OPV terakhir (ketiga) dijangka akan diserahkan pada tahun hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab usul Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini, yang mengemukakan usul mengenai penggantian segera aset-aset APMM yang sudah uzur.
Pada 6 Jan lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta, projek pembinaan dua OPV disiapkan mengikut tempoh ditetapkan masing-masing iaitu pada Mac dan Oktober hadapan.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat peralihan masa bagi menyiapkan pembinaan kapal pertama, namun memaklumkan kerajaan berpendirian supaya tarikh serahan tidak diubah.
Media sebelum ini melaporkan, kerajaan menyuntik pinjaman berjumlah RM152.6 juta untuk memastikan projek kapal OPV milik APMM yang kini diambil alih Kementerian Kewangan, disiapkan pada tahun ini.
Dalam sesi yang sama, Shamsul Anuar turut memaklumkan bahawa APMM telah memainkan peranan yang penting, dalam memastikan perairan negara sentiasa dalam keadaan aman dan terpelihara daripada sebarang perlakuan jenayah, serta mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut.
"Sebagai agensi tunggal penguatkuasa di laut serta peneraju dalam mencari dan menyelamat maritim, APMM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesiapsiagaan aset-asetnya bagi melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023

Dua daripada tiga Kapal Peronda Luar Pesisir dijangka akan siap dan diserahkan kepada APMM, pada pertengahan dan hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah. - Gambar BERNAMA

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

HMS Spey UK berada di Sarawak untuk kunjungan pertama
Lawatan kapal peronda luar pesisir Tentera Laut Diraja British, HMS Spey mencerminkan komitmen United Kingdom untuk mengukuhkan hubungan dengan Sarawak.

TH Heavy Engineering bukan lagi anak syarikat Tabung Haji - TH
TH Heavy Engineering Berhad yang terkait dengan isu kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik APMM bukan lagi anak syarikat atau syarikat bersekutu di bawah Lembaga Tabung Haji (TH).

Amanah gesa PAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysia
Mujahid minta siasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).