KUALA KANGSAR: Seorang remaja lelaki maut dalam kemalangan membabitkan kereta Perodua Kancil dan Toyota Vios di Kilometer 46, Jalan Ipoh-Taiping berhampiran Kampung Padang Ampang dekat sini pada Ahad.
Penumpang hadapan dalam Perodua Kancil berkenaan, Muhammad Ali Ihsan Dzulkeflee, 22, mengalami cedera parah sebelum disahkan maut di tempat kejadian.
Sementara pemandu, Ashwan Nazlan Dzulkifli, 23, dan dua penumpang lain, Muhammad Ariful Hakim Mohd Azam, 22 serta Muhammad Fathi Dini Raimin, 26, mengalami pelbagai kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan dua kenderaan itu berlaku sekitar jam 11.50 malam pada Sabtu.
Katanya siasatan awal juga mendapati kemalangan berpunca daripada kereta Toyota Vios yang hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Perodua Kancil.
“Kereta Perodua Kancil itu dalam perjalanan dari Kuala Kangsar ke Sungai Siput, dan ketika di tempat kejadian sebuah kereta Toyota Vios telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
“Toyota Vios itu kemudiannya dipercayai melanggar tiang di bahu kiri jalan di situ sebelum berpusing masuk ke tengah jalan. Perodua Kancil yang sedang dalam perjalanan itu tidak sempat mengelak lalu merempuh Toyota Vios berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau berkata pemandu Toyota Vios, Anazrul Hadafi Mohamed Adam, 41, mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Katanya lagi kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk menerima rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak memaklumkan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi melakukan kerja-kerja menyelamat sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.
“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat serta membuat perawatan awal kepada mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan.
“Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Meor Kamarul Hasnin Bahiran itu tamat pada jam 12.25 tengah malam Ahad,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Sun Aug 21 2022
Keadaan kereta yang dinaiki mangsa ketika kejadian. - Foto JBPM Perak
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Akibat cuaca sejuk, majlis angkat sumpah Trump dipindah ke lokasi tertutup
Trump arah acara diadakan di Rotunda Capitol Amerika Syarikat seperti dilakukan oleh Ronald Reagan pada 1985 disebabkan cuaca sangat sejuk.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim.
PGA tahan 14 warga asing, dua tekong di Ketereh
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pemerdagangan manusia selepas menahan 14 warga asing, termasuk empat kanak-kanak, di Kampung Paya Lada, Ketereh.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata serbuan dijalankan pada Khamis malam.
Helikopter bertembung: Empat terbunuh, tiga lagi cedera parah di Gold Coast
Kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort.
Pesawat terhempas ketika cuba mendarat, empat anak kapal terbunuh
Sekurang-kurangnya empat anak kapal dilaporkan terbunuh selepas sebuah pesawat Agensi Keselamatan Kazakhstan terhempas di Almaty.
Ini apa anda perlu tahu tentang nahas pesawat Sriwijaya Air SJ182
Ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih berjalan dan difahamkan beberapa serpihan pesawat malang itu telah ditemukan.
Allahyarham Mohd Irfan rancang untuk buat filem penerbangan - Esma Daniel
Pelakon Esma Daniel turut terkesan dengan berita nahas helikopter yang berlaku di Taman Melawati, Ampang pukul 12 tengah hari Ahad.
Boeing, FAA bertanggungjawab atas nahas Lion Air, Ethiopian Airlines - Laporan siasatan
Pengeluar pesawat, Boeing dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, FAA disifatkan bertanggungjawab ke atas dua nahas melibatkan pesawat 737 Max yang mengorbankan 346 penumpang dan anak kapal.
Pemandu maut, lima lagi cedera dalam nahas tiga kenderaan di Kuala Terengganu
Nahas berlaku di kilometer 35, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu kira-kira jam 4.30 petang Rabu.
Nahas Ethiopian Airlines: Juruterbang tidak jalani latihan simulasi Boeing 737 MAX 8
Sumber memberitahu Reuters kapten pesawat nahas Ethiopian Airlines tidak menjalani latihan mesin simulator untuk Boeing 737 MAX 8.
Pesawat Lion Air terbang 'di luar kebiasaan' sehari sebelum terhempas
Pesawat malang Lion Air Boeing 737 yang terhempas pada pagi Isnin bersama 189 penumpang dan anak kapal dikatakan terbang dengan cara 'luar biasa' sehari sebelum terhempas di Laut Jawa.
Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai,dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.
113 penumpang pesawat Hercules dipercayai terkorban dalam tragedi di Medan
Pesawat yang sepatutnya menuju ke Pangkalan Udara Tanjung Pinang, Kepulauan Riau itu terhempas di atas rumah awam dan kedai termasuk sebuah pusat spa yang terkenal di kawasan itu.