PARIT: Dua kereta yang diparkir di tepi jalan mengalami kerosakan apabila dihempap lori tangki yang terbalik dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga, Buloh Akar di sini pada Isnin.
Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu, kereta Proton Saga dan Proton Wira remuk, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, lori tangki yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Beruas menuju ke Parit.
"Kedua-dua kereta diletakkan di tepi jalan. Apabila hendak melalui lokasi kejadian, lori tangki terbabit dipercayai hilang kawalan.
"Keadaan itu menyebabkan kenderaan berat terbabit terbalik lalu menghempap kereta tersebut. Bagaimanapun, pemandu kereta tiada dalam kenderaan," katanya.
Menurutnya, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 21 2022

Kereta remuk dihempap lori tangki di Jalan Simpang Tiga, Parit. - Foto ihsan pembaca
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Treler minyak sawit terbabit kemalangan di Bidor
Tiada mangsa mengalami kecederaan, tetapi treler yang membawa kira-kira 45 tan metrik minyak sawit mengalami kebocoran setelah dilanggar sebuah lori lain.

Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak sawit terbakar dalam kemalangan
Sebuah lori tangki membawa minyak sawit dan dua kenderaan lain terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Pasir Penambang, Kuala Selangor hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

16 maut, 40 cedera dalam letupan lori tangki di Haiti
Sebuah lori tangki meletup di barat daya Haiti pada Sabtu, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang dan mencederakan 40 yang lain.

Lelaki ditahan seleweng lebih 13,000 liter diesel bersubsidi
Tangkapan dilakukan pada Khamis hasil operasi dijalankan KPDN Cawangan Manjung pada jam 12.50 tengah hari.

KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.

Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.

Lori tangki bawa metanol bocor di lebuh raya
Sebuah lori tangki membawa metanol (UN 1230) mengalami kebocoran di susur keluar ke Tapah dekat PLUS arah utara pada Rabu.

KPDN rampas 41,000 liter diesel bersubsidi cuba diseleweng di PD
KPDN Negeri Sembilan merampas 41,000 liter diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM59,400 dalam serbuan di dua premis berasingan di Port Dickson.

APMM tahan lima lelaki, sita 28,000 liter diesel bersubsidi
Turut disita adalah sebuah bot anchor, lori tangki serta kenderaan pacuan empat roda dengan nilai keseluruhan lebih RM3.3 juta.