Gara-gara bergaduh di Plaza Tol Bukit Kiara dan tular di media sosial baru-baru ini, dua lelaki dipenjara sehari dan didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Noorasyikin Sahat menjatuhkan hukuman itu terhadap seorang pengurus teknologi maklumat, Ng Whye Hoong, 38, dan peniaga, Mohamad Fazrien Mohd Ziear, 30, selepas mereka mengaku bersalah bergaduh di tempat awam.
Mahkamah juga memerintahkan mereka dipenjara sebulan jika gagal membayar denda. Mereka membayar denda tersebut.
Mereka melakukan kesalahan itu di Plaza Tol Bukit Kiara, di sini, pada 4.30 petang, 17 Sept lepas mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Noorasyikin menasihati kedua-dua tertuduh supaya bersabar dan berasa malu dengan kejadian itu.
"Saya pelik kenapa manusia sekarang makin cepat hilang sabar, Mohamad Fazrien awak sebagai orang Islam sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada orang bukan Islam.
"Ng Whye Hoong dengan umur seusia kamu, sepatutnya kamu lebih matang dan fikir sekiranya video 'viral' itu masih ada di internet, anak-anak tengok dan tanya macam inikah ayah dulu. Apa kamu rasa?," katanya yang turut menegur isteri Mohamad Fazrien yang berada di galeri awam.
"Sebagai seorang isteri sepatutnya kamu baik pulih keadaan bukannya merekod. Isteri yang baik tidak akan biar suaminya bergaduh," tegurnya.
BACA: Dua pemandu cedera insiden pergaduhan di plaza tol
Timbalan Pendakwa Raya Rajdeep Singh memohon hukuman setimpal berbentuk pemenjaraan dan denda dengan alasan kes sebegini semakin berleluasa kini.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam Izzat Amir Saharudin memohon supaya mahkamah memberi denda minimum berikutan ia adalah kesalahan pertama mereka.
"Kedua-dua anak guam saya menyesal dengan perbuatan yang dilakukan mereka. Atas faktor pengakuan salah, saya memohon supaya mahkamah mengenakan denda minimum," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Kedua-duanya melakukan kesalahan itu di Plaza Tol Bukit Kiara pada petang 17 Sept lepas. - Gambar fail
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Tiga beranak bergaduh di tempat awam dihadapkan ke mahkamah
Mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau keduanya sekali.
Dua lelaki bergaduh di Plaza Tol Bukit Kiara dipenjara sehari, denda RM1,000
Pengurus teknologi maklumat, Ng Whye Hoong, 38, dan peniaga, Mohamad Fazrien Mohd Ziear, 30, mengaku bersalah bergaduh di tempat awam.