PETALING JAYA: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kondominium di Kelana Jaya, awal bulan ini.
S. Kumara Rao, 55, dan R. Ramesh, 45, didakwa bersama-sama membunuh Qadir Muhammad, 35, di Tower A-17-12, Bangunan Zenith Residence Corporate Park, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, pada 8.48 malam, 11 Julai lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan bogel selepas terjatuh dari tingkat 17 kondominium di Kelana Jaya, 12 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 26 2022
Polis sebelum ini menahan dua lelaki tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan mayat lelaki dalam keadaan bogel selepas terjatuh dari tingkat 17.- Gambar hiasan
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya: Petanda positif pertumbuhan populasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.
Dua lelaki didakwa bunuh warga Pakistan
S. Kumara Rao dan R. Ramesh didakwa bersama-sama membunuh Qadir Muhammad.
Pembantu rumah anak yatim dituduh bunuh bayi 13 bulan di Gombak
Seorang pembantu rumah anak yatim didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, pada Isnin, atas tuduhan membunuh bayi 13 bulan yang ditemukan dengan 39 kesan kecederaan pada badannya.
Tertuduh geleng kepala tidak faham pertuduhan bunuh
Seorang pekerja warga Myanmar menggeleng kepalanya kerana tidak memahami pertuduhan dikenakan terhadapnya atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya di Taman Bunga Raya, Sungai Petani.