SEPANG: Dua lelaki berhadapan dengan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 38.85 kilogram bulan lepas.
Shamsuddin Fung Muhammad Tai Kwong, 36, dan Vincent Wong Siang Hee, 34, masing-masing mengangguk dan mengatakan mereka faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Dua lelaki itu didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis berkenaan pada 30 Mei lepas kira-kira 6.30 pagi di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Aras2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2( KLIA2).
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta yang sama.
Kesalahan itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah dihukum sebat tidak kurang 15 sebatan jika tidak dijatuhi hukuman mati.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sabrina Zubairi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ahmad Hafiz A Bakar.
Mahkamah kemudian menetapkan 10 Sept ini untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan dua lelaki tempatan serta merampas 38.8 kilogram dadah jenis syabu bernilai lebih RM1.2 juta di KLIA 2di sini pada penghujung Mei lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam satu sidang media berkata seorang lelaki yang berusia 34 dipercayai keldai dadah ditahan kerana membawa dua bagasi berisi 37 bungkusan plastik disyaki syabu manakala seorang lagi yang berumur 36 tahun pula disyaki terbabit kegiatan pengedaran dadah ditahan di sebuah hotel berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Shamsuddin Fung Muhammad Tai Kwong dan Vincent Wong Siang dibawa ke mahkamah hari ini. - Foto Bernama

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.

Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000
Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 Ahad lepas.

Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar dadah lebih 400kg
Lapan warga Taiwan dan seorang rakyat tempatan didakwa atas dua pertuduhan mengedar dua jenis dadah berbahaya seberat 489.7 kilogram 16 Jan lepas.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.

Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April
Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.

Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.

Tiga rakan ditahan bersama 20kg syabu bernilai RM640,000
Kesemua suspek dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah jenis syabu itu ditahan dalam serbuan bermula 4 petang semalam hingga 2 pagi tadi.