IPOH: Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas empat pertuduhan mengedar lebih 413 kilogram dadah, minggu lepas.
Tertuduh, Choong Boon Wah dan Seng Chun Leong, masing-masing berusia 44 tahun mengangguk faham apabila semua pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret S. Punitha.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana ia melibatkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut kesemua pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mengedarkan dadah jenis Nimetazepam, dengan anggaran berat berjumlah 413.826 kilogram.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, kira-kira jam 9.15 pagi, 15 Ogos lalu.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama dan dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum sebat tidak kurang 12 sebatan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 16 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan, kedua-dua mereka dituduh memiliki dua laras senjata api tiruan beserta dua kelopak di lokasi dan tarikh sama.
Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jesseca Daimis.
Mereka dituduh di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 6 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.
Pada 18 Ogos lalu, media melaporkan polis merampas pil Erimin 5 bernilai RM30.6 juta dalam serbuan di sebuah banglo dua tingkat yang dijadikan kilang memproses dadah di Klebang, Chemor.
Jumlah dadah yang dirampas itu dianggar boleh digunakan oleh 2.2 juta orang penagih.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Aug 25 2023

Boon Wah (depan) dan Chun Leong dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat selepas didakwa mengedar dadah lebih 413kg di Chemor. - Gambar/ Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Dua lelaki didakwa edar lebih 413 kilogram dadah
Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas empat pertuduhan mengedar lebih 413 kilogram dadah, minggu lepas.