KUALA LUMPUR: Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pemerasan dan mengurung secara salah bekas rakan sekerja mereka di sebuah premis hiburan, minggu lepas.
Ahli perniagaan Wong Meng Jit, 35, dan pengurus jualan Loong Yuen Hong, 33, didakwa bersama-sama melakukan pemerasan terhadap Ng Zhou Kang, 30, dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa sehingga mendorongnya menyerahkan wang tunai RM658,000 di sebuah bilik kelab malam di Kuchai Lama di sini pada 9 malam, 15 Okt lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Wong dan Loong juga didakwa bersama-sama mengurung Ng pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan bagi setiap tertuduh, namun peguam Tan Kian Peng yang mewakili kedua-dua lelaki itu memohon jaminan rendah kerana mereka menanggung keluarga.
Majistret M.S Arunjothy membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Nov ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Pertuduhan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan. - Gambar fail/Pexels
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Dua lelaki didakwa lakukan pemerasan, kurung bekas rakan sekerja di kelab malam
Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan pemerasan dan mengurung secara salah bekas rakan sekerja mereka di sebuah premis hiburan, minggu lepas.