KUALA TERENGGANU: Dua lelaki, masing-masing didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terlibat dalam kes laga ayam, tiga tahun lepas.
Hakim Nazlyza Mohamad Nazri membuat keputusan itu selepas Mohd Nazir Mohd Dagang, 47, dan Mohd Raimi Manaf, 33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 32 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyebabkan satu perlagaan haiwan iaitu ayam di gelanggang laga ayam sebuah bangsal belakang rumah di Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Nerus pada 4.15 pagi, 3 September 2020.
Hakim menetapkan hukuman denda RM20,000 atau enam bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu Mohd Shahihan Mohd Tahar dan Fazlizan Ishak Khan.
Mohd Nazir yang merupakan pengusaha keropok lekor diwakili peguam Puteri Hikmatul Raudah Dzulaika Mohamad, manakala Mohd Raimi, seorang juruteknik, diwakili peguam Najmi Adila Mohd Nasir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
![Dua lelaki didenda RM20,000 laga ayam Dua lelaki didenda RM20,000 laga ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673847565_ChickenFight.jpg)
Mereka didakwa menyebabkan satu perlagaan haiwan iaitu ayam di gelanggang laga ayam sebuah bangsal belakang rumah di Kampung Bukit Tok Beng, Kuala Nerus pada 4.15 pagi, 3 September 2020. - Gambar hiasan/Pixabay
![Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738840652_Pembuatkavadi.jpg)
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
![Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738849052_DatukHusseinOmar.jpg)
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
![INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40 INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738855416_INSKEN.jpg)
INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.
![Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607084754_TheFitchRatingslo.jpg)
Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif
Agensi penarafan Fitch memberi amaran langkah AS kenakan tarif baharu akan meningkatkan ketidaktentuan ekonomi.
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
![Pegawai penguat kuasa disyaki minta rasuah direman tiga hari Pegawai penguat kuasa disyaki minta rasuah direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724425766_TBRASUAHLAGAAYAM.jpg)
Pegawai penguat kuasa disyaki minta rasuah direman tiga hari
Lelaki berumur 30-an itu ditahan pada kira-kira 4 petang semalam di sekitar Pulau Pinang.
![12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam 12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710798954_JudiLagaAyam.jpg)
12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
![Dua lelaki didenda RM20,000 laga ayam Dua lelaki didenda RM20,000 laga ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673847565_ChickenFight.jpg)
Dua lelaki didenda RM20,000 laga ayam
Hakim menetapkan hukuman denda RM20,000 atau enam bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.