SEREMBAN: Dua lelaki bukan sahaja disamun tetapi kereta mereka turut dilanggar sehingga rosak ketika minum di kawasan parkir berhadapan sebuah restoran di Jalan Utam Singh, di sini pada awal pagi Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian pada jam 5.41 pagi itu dipercayai berlaku apabila mangsa masing-masing berusia 26 dan 29 didatangi dua lelaki tidak dikenali menaiki sebuah lori telah menegur mangsa serta rakannya.
"Berdasarkan siasatan telah berlaku selisih faham antara kedua-dua pihak sehingga tercetusnya pergaduhan. Suspek bertindak merampas dua buah telefon bimbit, kunci kereta dan beg dompet milik mangsa sebelum melarikan diri.
"Suspek juga telah melanggar kereta mangsa sehingga mengalami kerosakan. Anggaran kerugian lebih kurang RM5,000," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden, Mohd Saufi Malik di talian 011-20625464 atau IPD Seremban 06-6033222," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 28 2023

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan. - Gambar/ Sinar Harian
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Bekas banduan ditahan curi kabel di Teluk Intan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dengan enam kegiatan mencuri kabel pencawang telekomunikasi sekitar daerah Teluk Intan sejak Januari lepas.

Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan
Mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.

Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.

Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.

Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.

Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.

Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.