SANDAKAN: Polis menahan dua lelaki semalam dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar rumah dan menyimbah cat merah di daerah ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Mohd Hamizi Halim berkata kedua-duanya yang berusia 19 dan 35 tahun ditahan di Taman Sejati, di sini susulan aduan daripada seorang mangsa yang mendakwa pintu pagar rumahnya dikunci serta disimbah cat merah di Taman Bahagia, di sini disyaki perbuatan khianat pada 16 Mei lepas.
"Hasil siasatan mendapati kejadian disyaki dilakukan oleh pemberi pinjaman wang (along) yang mahu menuntut hutang daripada mangsa.
"Pemberi pinjaman wang itu telah mengupah suspek untuk melakukan jenayah ini. Suspek mula beroperasi sejak akhir tahun lepas dengan menumpukan mangsa di sekitar Sandakan dan Lahad Datu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Hamizi berkata semakan rekod jenayah mendapati suspek berusia 35 tahun berkenaan memiliki lima rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Beliau berkata kedua-duanya direman hingga Ahad ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
"Dengan kejayaan tangkapan tersebut, polis percaya berjaya menyelesaikan lima kes dipercayai dilakukan oleh suspek di Sandakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023
![Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684473080_PolisLogoPolisP.jpg)
Mohd Hamizi berkata, suspek mula beroperasi sejak akhir tahun lepas dengan menumpukan mangsa di sekitar Sandakan dan Lahad Datu. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Simbah cat, empat along dihadap ke mahkamah
Empat individu didakwa di mahkamah atas pertuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menyimbah cat terhadap harta milik peminjam wang, bulan lepas.
![Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684473080_PolisLogoPolisP.jpg)
Dua lelaki ditahan disyaki terlibat khianat, ugut peminjam wang
Polis menahan dua lelaki semalam dipercayai terlibat dalam kegiatan mengugut peminjam wang untuk menuntut bayaran hutang dengan mengunci pagar rumah dan menyimbah cat merah di daerah ini.
![Polis tahan samseng diupah takutkan peminjam Polis tahan samseng diupah takutkan peminjam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41676195952_BahrinMohdNoh.jpg)
Polis tahan samseng diupah takutkan peminjam
Kumpulan itu menakutkan peminjam culas dengan melakukan perbuatan khianat dengan api serta menyimbah cat di kediaman peminjam terbabit.
![Dua Ah Long mengaku tidak bersalah kurung peminjam Dua Ah Long mengaku tidak bersalah kurung peminjam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81672208559_ahlonghutang.jpg)
Dua Ah Long mengaku tidak bersalah kurung peminjam
Kedua-dua tertuduh didakwa mengurung mangsa dengan tujuan agar mangsa membayar semula wang pinjaman.
![Empat rakan didakwa simbah cat merah, ugut peminjam wang 'ah long' Empat rakan didakwa simbah cat merah, ugut peminjam wang 'ah long'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662721911_TBmahkamahkuantan.jpg)
Empat rakan didakwa simbah cat merah, ugut peminjam wang 'ah long'
Mangsa yang terdiri daripada 11 peminjam wang telah diugut, dikurung dan dilakukan perbuatan khianat.
![Dua kumpulan ambil upah simbah cat merah ditahan Dua kumpulan ambil upah simbah cat merah ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61614329725_TBSimbahCat.jpg)
Dua kumpulan ambil upah simbah cat merah ditahan
Tangkapan dibuat susulan menerima dua laporan daripada mangsa yang berada dalam ketakutan.
![Polis tahan pengutip hutang ugut peminjam wang Polis tahan pengutip hutang ugut peminjam wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81609326972_NikEzanee.jpg)
Polis tahan pengutip hutang ugut peminjam wang
Polis Daerah Petaling Jaya menerima laporan bahawa suspek mengugut peminjam agar melunaskan hutang melalui pesanan Whatsapp pada 14 Dis lepas.