Dua lelaki warga India yang ditemui mati dalam rumah sewa mereka di Taman Bertam Ria, di sini semalam dikatakan sering bertengkar antara satu sama lain sejak kebelakangan ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata menurut majikan mereka, beliau selalu melihat dua pekerjanya itu Mubarak Ali, 28, dan Azad Mubarakbhai, 26, selalu bertengkar kerana masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain sejak dua minggu lepas.
"Menurut majikan itu, Mubarak bekerja dengannya sebagai penebar roti canai sejak empat tahun lepas manakala Azad baru bekerja lima bulan lalu sebagai tukang cuci di restoran berkenaan.
"Pada hari kejadian, dua lelaki itu balik berehat di rumah sewa selepas bekerja bermula 7.30 pagi hingga 12 tengah hari dan akan sambung kerja semula pukul 5.30 petang namun tidak hadir semula bekerja," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, majikan itu mengarahkan seorang lagi pekerja pergi ke rumah sewa yang terletak kira-kira 1 kilometer daripada restoran untuk memanggil mereka bekerja semula namun menemui dua mayat rakan sekerjanya itu kira-kira pukul 6 petang.
Pekerja itu kembali ke restoran dan memaklumkan kepada majikannya yang menghubungi polis.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati dua lelaki itu telah bergaduh sebelum Mubarak yang mengalami kecederaan melarikan diri ke bilik air untuk bersembunyi sebelum dia meninggal dunia di situ akibat kecederaan parah.
Terdapat empat luka tikaman pada bahagian perut dan lima luka hirisan di lengan kiri mangsa, katanya.
Noorzainy berkata bila menyedari Mubarak telah mati Azad bertindak menggantung dirinya di kipas siling.
Polis turut menemui pisau digunakan Azad untuk membunuh rakannya.
"Mayat kedua-dua lelaki berkenaan telah selesai dibedah siasat di Hospital Seberang Jaya dan mereka yang mempunyai permit kerja itu akan dibawa balik ke kampung halaman masing-masing di India untuk dikebumikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2019
![Dua lelaki India sering bertengkar sebelum ditemui mati Dua lelaki India sering bertengkar sebelum ditemui mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71564321907_Mayat.jpg)
Terdapat empat luka tikaman pada bahagian perut dan lima luka hirisan di lengan kiri mangsa. - Foto PDRM/Fail
![KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739189867_RampasanArakTirua.jpg)
KPDN serbu premis hiburan, rampas 244 botol minuman keras tiruan
KPDN merampas 244 botol arak tiruan pelbagai jenama bernilai RM100,000 dalam serbuan terhadap dua premis hiburan di Jalan Tun Razak, Khamis lepas.
![KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.
![PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737427598_AntonioGuterres.jpg)
PBB sambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan, ikrar sokongan
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Ahad menyambut baik pembentukan kerajaan baharu Lubnan yang diterajui Perdana Menteri Nawaf Salam serta berikrar menyokong keutamaan pentadbiran itu.
![Presiden Romania umum letak jawatan Presiden Romania umum letak jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739199540_TBKlausIohannis.jpg)
Presiden Romania umum letak jawatan
Presiden Romania Klaus Iohannis mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menyatakan bahawa beliau akan berundur pada Rabu, lapor Xinhua.
![Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739199255_TBazalina.jpg)
Azalina, TPM Kemboja bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja hari ini.
Agenda AWANI: Malaysia-Turkiye: Kerjasama dua hala, manfaat serantau
Sejauh mana lawatan rasmi Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia beri nilai tambah kerjasama saling untung buat Malaysia-Turkiye dan limpahan manfaat kepada ASEAN?
10 Berita Pilihan - (10 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 10 Feb 2025
AWANITonight with @fayekwan_
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
1. Turkiye to boost trade with M'sia to USD10 bil a year - President Erdogan
2. Trump to impose new 25% steel, aluminium tariffs
![Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739181445_TBDOSM.jpg)
Nilai kerja pembinaan Malaysia capai 20.2 peratus pada 2024 berjumlah RM158.8 bilion
Nilai kerja pembinaan yang dilakukan di Malaysia pada 2024 meningkat sebanyak 20.2 peratus kepada RM158.8 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
AWANI 7:45 [10/2/2025] – Lebih 15 bulan perang di Gaza| Demi masa depan Palestin| Insiden tembakan di pusat beli-belah| Apa nasib pekerja?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
1. Turkiye tuntut Israel bayar pampasan USD100 bilion kepada Gaza.
3. Malaysia hormat ketegasan Erdogan tuntut keadilan Palestin.
2. Ledakan AI, pemimpin dunia dan syarikat teknologi bincang masa depan pekerja.
4. Latihan polis bantuan ditingkat, cabaran keselamatan semasa.
![Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716607407_gaduh.jpg)
Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik
Suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk siasatan lanjut selepas urusan siasatan di Baling selesai.
![Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709155589_SuamiIsteri.jpg)
Dua individu bertengkar sebelum melecur dalam kebakaran dua kenderaan
ACP Yahaya berkata, sebelum kebakaran berlaku, seorang saksi mendengar pertengkaran di antara kedua-dua mangsa.
![Lelaki pukul abang selepas ditegur bertengkar dengan ibu Lelaki pukul abang selepas ditegur bertengkar dengan ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61677669812_PolisLogoPolisP.jpg)
Lelaki pukul abang selepas ditegur bertengkar dengan ibu
Seorang lelaki bertindak memukul abangnya dipercayai akibat tidak puas hati selepas ditegur kerana bertengkar dengan ibu mereka.
![Piala Dunia Qatar: Bertindak ganas di luar stadium, Eto'o mohon maaf Piala Dunia Qatar: Bertindak ganas di luar stadium, Eto'o mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670362606_PialaDuniaQatar.jpg)
Piala Dunia Qatar: Bertindak ganas di luar stadium, Eto'o mohon maaf
Dia menyalahkan insiden itu atas kejatuhan berterusan daripada kemenangan play-off Piala Dunia Cameroon ke atas Algeria pada Mac.
![COVID-19: Penduduk Shanghai bertengkar dengan polis, rayu tidak dibawa pergi COVID-19: Penduduk Shanghai bertengkar dengan polis, rayu tidak dibawa pergi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649984823_residentsofShangha.jpg)
COVID-19: Penduduk Shanghai bertengkar dengan polis, rayu tidak dibawa pergi
Tular di media sosial penduduk Shanghai bertengkar dengan polis yang berpakaian hazmat.
!['Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu mereka rugi' - Norhizam 'Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu mereka rugi' - Norhizam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615653680_NorhizamHassanBakt.jpg)
'Saya bertengkar dengan peniaga kerana tak mahu mereka rugi' - Norhizam
Katanya, tindakannya 'memarahi' peniaga di Pasar Ramadan Peringgit dalam satu video yang tular sejak petang semalam, ialah supaya mereka patuh dengan SOP yang ditetapkan kerajaan.
![2 cedera tembakan di hospital 2 cedera tembakan di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613082793_tembak.jpg)
2 cedera tembakan di hospital
Kedua-dua mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan kecederaan dialami mereka tidak mengancam nyawa.
![Coppa Italia: Ibrahimovic mohon maaf jadi punca Milan tersingkir - Pioli Coppa Italia: Ibrahimovic mohon maaf jadi punca Milan tersingkir - Pioli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71609114056_ZLATTANIBRAHIMOVIC.jpg)
Coppa Italia: Ibrahimovic mohon maaf jadi punca Milan tersingkir - Pioli
Ibrahimovic diarahkan keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua gara-gara mengasari Aleksandar Kolarov sebelum sejam permainan.
![Wanita muda dipenjara lapan bulan kerana tikam teman lelaki Wanita muda dipenjara lapan bulan kerana tikam teman lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81601643207_HukumSebatPenjara.jpg)
Wanita muda dipenjara lapan bulan kerana tikam teman lelaki
Kejadian berpunca daripada pertengkaran mulut antara kedua-duanya dan tertuduh ditampar mangsa lalu tertuduh yang marah menikam mangsa.
![Dua lelaki India sering bertengkar sebelum ditemui mati Dua lelaki India sering bertengkar sebelum ditemui mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71564321907_Mayat.jpg)
Dua lelaki India sering bertengkar sebelum ditemui mati
Majikan selalu melihat dua pekerjanya itu Mubarak Ali, 28, dan Azad Mubarakbhai, 26, bertengkar kerana masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain sejak dua minggu lepas.