KOTA BHARU: Seorang anggota polis retak pergelangan tangan kanan selepas terjatuh akibat ditendang dua suspek kes dadah di Kampung Pangkal Pisang, Melor, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata sebelum kejadian itu dua anggota dari Balai Polis Kubang Kerian telah mengesan sebuah kereta dinaiki lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40 hingga 50-an dalam keadaan mencurigakan di Bandar Satelit Pasir Tumboh sekitar jam 3.45 pagi.
Beliau berkata suspek melarikan diri dengan memecut kereta itu namun berjaya ditahan di Kampung Pangkal Pisang.
"Semasa proses tangkapan dibuat kedua-dua suspek telah bertindak agresif serta berlaku pergelutan menyebabkan seorang anggota polis telah ditendang sehingga terjatuh dan mengakibatkannya mengalami kecederaan retak pergelangan tangan kanan.
"Namun anggota polis yang cedera bersama dengan rakan setugas tetap berjaya memberkas kedua-dua suspek berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Rosdi berkata pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek menemukan ketulan-ketulan mampat ganja dianggarkan bernilai RM700.
"Ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek itu dapati positif jenis dadah THC (Tetrahydrocannabinol).
"Polis turut mendapati kedua-dua suspek mempunyai 23 rekod lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah serta turut dikehendaki oleh pihak polis kerana terbabit aktif dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Kota Bharu," katanya.
Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 15 Dis depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 10 2023
![Dua lelaki miliki 23 rekod jenayah ditahan cederakan anggota polis Dua lelaki miliki 23 rekod jenayah ditahan cederakan anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695377488_handcuff.jpg)
Polis berkata suspek melarikan diri dengan memecut sebuah kereta namun berjaya ditahan di Kampung Pangkal Pisang. - Gambar hiasan
![LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739074725_tbLBSCNY.jpg)
LBS rai sambutan Tahun Baharu Cina, umum pelan strategik RM8 bilion
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LBS Bina Group Berhad (LBS).
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
![Penganggur tidak mengaku salah cederakan 2 anggota polis guna parang Penganggur tidak mengaku salah cederakan 2 anggota polis guna parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723108432_Halangpolis.jpg)
Penganggur tidak mengaku salah cederakan 2 anggota polis guna parang
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Teluk Intan pada Khamis, atas empat pertuduhan termasuk mencederakan dua anggota polis dengan parang minggu lalu.
![Dua lelaki miliki 23 rekod jenayah ditahan cederakan anggota polis Dua lelaki miliki 23 rekod jenayah ditahan cederakan anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695377488_handcuff.jpg)
Dua lelaki miliki 23 rekod jenayah ditahan cederakan anggota polis
Seorang anggota polis retak pergelangan tangan kanan selepas terjatuh akibat ditendang dua suspek kes dadah di Kampung Pangkal Pisang, Melor, semalam.
![Polis tahan warga emas cederakan pegawai, anggota polis Polis tahan warga emas cederakan pegawai, anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689229939_PDRM.jpg)
Polis tahan warga emas cederakan pegawai, anggota polis
Seorang pegawai dan anggota polis berusia 30-an cedera selepas terkena pisau pemotong kertas digunakan suspek kes curi iaitu seorang lelaki warga emas.
![Empat lelaki mengaku bersalah lakukan kekerasan jenayah, cederakan polis Empat lelaki mengaku bersalah lakukan kekerasan jenayah, cederakan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682566991_Empatlelakimengaku.jpg)
Empat lelaki mengaku bersalah lakukan kekerasan jenayah, cederakan polis
Empat lelaki mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah dan menyebabkan seorang anggota polis cedera di pagi 1 Syawal.