MUALLIM: Polis berjaya memberkas dua lelaki yang terlibat dalam kes kecurian kad sistem Telekom Malaysia (TM) di Slim River, dekat sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Muaalim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, kira-kira jam 11 pagi, anggota polis yang melakukan tugas rondaan cegah jenayah di Pekan Slim River telah ternampak dua lelaki yang memakai baju berlogo TM sedang membuka kabinet kad sistem TM berhampiran stesen minyak Petron.
Menurutnya, apabila polis cuba menghampiri, kedua-dua suspek terus melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Honda Accord yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
“Polis terus bertindak mengejar kereta tersebut dan berjaya menahan suspek di tepi Jalan Ibrahim Mohd Dom,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan di dalam kereta yang dinaiki suspek, telah menjumpai 21 unit kad sistem TM pelbagai jenis dan peralatan yang digunakan untuk mengumpil kabinet.
Katanya, pihak polis turut merampas dua helai baju berlogo TM dan helmet keselamatan yang dipakai kedua-dua suspek
Mohd Hasni berkata, hasil soal siasat awal yang dijalankan, kedua-dua tangkapan berumur 37 dan 42 tahun yang berasal dari Shah Alam dan Petaling Jaya.
Menurutnya, salah seorang suspek pernah ditangkap sebelum ini di Klang dan telah dituduh di Mahkamah Majistret Tanjung Malim pada Ogos lalu.
“Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek ini, pihak polis berjaya menyelesaikan sembilan kes kecurian kad sistem TM dalam daerah Muallim yang melibatkan kerugian RM350,530,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Abd Razak Mohd Ali
Wed Dec 06 2023
Antara barangan yang dirampas oleh polis daripada suspek yang terlibat dalam kes kecurian kad sistem Telekom Malaysia (TM) di Slim River, pagi semalam.
Pengurus projek didakwa tiga pertuduhan rasuah
Seorang pengurus projek sebuah anak syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, atas tiga pertuduhan menerima rasuah bernilai RM50,000 membabitkan projek pembinaan lebuh raya.
Tol musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme untuk B40, M40 - PM Anwar
Kerajaan sedang meneliti mekanisme terbaik bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan kepada golongan B40 dan M40.
Hanya kes tertentu, JPJ boleh batal lesen memandu OKU
JPJ tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan lesen memandu individu hanya disebabkan OKU
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.
HAWANA jadi platform himpunkan organisasi media seluruh ASEAN - Fahmi
HAWANA akan menjemput pengamal media dari ASEAN untuk beberapa program sempena kepengerusian ASEAN oleh Malaysia.
Gaji permulaan RM1,700 boleh bersara dengan simpanan RM1 juta jika konsisten - KWSP
Caruman secara konsisten ke dalam tabung KWSP boleh menjamin persaraan yang selesa walaupun dengan gaji permulaan yang rendah.
Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.
Perancis keluarkan waran tangkap terhadap Bashar
Dua majistret penyiasat Perancis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Pemimpin Syria, Bashar al-Assad, atas dakwaan bersubahat dalam jenayah perang, menjadikannya kali kedua tindakan sedemikian diambil oleh pihak berkuasa kehakiman negara itu.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Menurut Statistik Korea, seramai 20,095 bayi dilahirkan pada November 2024, menandakan peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan
Dua rakan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng di sebuah kedai serbaneka semalam.
Sami Malaysia ditahan di Thailand, disyaki mencuri di kuil Chiang Mai
Pihak polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
Suami isteri Rohingya didakwa kes pecah rumah, curi
Pasangan suami isteri etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan pecah rumah, mencuri dan menyimpan pelbagai harta curi.
'Penduduk salah faham, van jenazah tidak dicuri'
Salah faham menjadi punca sekumpulan penunggang motosikal mengejar sebuah van jenazah yang didakwa dicuri serta terbabit kes pecah rumah di Kajang.
Curi benang emas, bekas operator kilang dipenjara tujuh hari
Padah mencuri benang emas pada sebuah mesin pengeluaran di kilang, seorang bekas operator kilang dijatuhi hukuman penjara seminggu dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, pada Rabu.
Tiga anggota polis ditahan curi RM85,000 semasa operasi di 'Mini Dhaka'
Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000 ketika operasi di Jalan Silang.
Dua dalang utama antara 21 individu ditahan disyaki curi Equipment Card TM
Dua suspek utama antara 21 individu ditahan disyaki terlibat dalam kejadian mencuri Equipment Card TM bernilai kira-kira RM50,000 di Bandar Springhill, Port Dickson minggu lepas.
Dua lelaki pakai baju TM diberkas, curi kad sistem TM
Anggota polis ternampak dua lelaki yang memakai baju berlogo TM sedang membuka kabinet kad sistem TM berhampiran stesen minyak Petron.
4 didakwa curi mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim UK
Seramai empat lelaki didakwa berhubung kes kecurian sebuah mangkuk tandas bersalut emas dari Istana Blenheim di luar Oxford di England, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
'Bapa suruh saya serah diri'
Budak berusia 10 tahun dikenali sebagai Zhang itu turut ditemani bapanya ke balai polis di Ningbo, wilayah Zhejiang ketika kejadian pada 22 Ogos lalu.