JITRA: Dua lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan cubaan melarikan diri daripada ditahan angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika cuba menyeludup daun ketum di Kampung Sungai Kecil, Kuala Nerang dekat Padang Terap pada Rabu.
Perintah tahanan dikeluarkan Majistret, Nurul Huda Idris di dua lokasi berbeza, iaitu di Mahkamah Jitra dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sehingga 26 Febuari.
Terdahulu, suspek berusia 29 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra dengan menaiki kereta Proton Persona polis bagi mendapatkan perintah tahanan reman tersebut.
Suspek berusia 28 tahun itu memakai baju lokap berwarna jingga dibawa keluar bersama tahanan lain tidak lama kemudian setelah perintah tahanan reman dikeluarkan terhadapnya.
Sementara itu, seorang lagi suspek yang berusia 31 tahun, perintah tahanan reman terhadapnya terpaksa dikeluarkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kerana masih menerima rawatan akibat cedera ketika kereta dinaiki terbabas.
Dalam kejadian pada jam 12.30 tengah hari, dua lelaki itu ditahan setelah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dinaiki mereka, terbabas ketika dikejar sepasukan pegawai dan anggota tentera.
Menurut Ketua Polis Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar, kenderaan dengan nombor pendaftaran Thailand itu pada mulanya cuba menghimpit motosikal tentera ketika dikejar.
Pacuan empat roda tersebut juga katanya hampir melanggar kenderaan awam menyebabkan pegawai tentera yang membonceng motosikal, telah melepaskan beberapa das tembakan dan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu kanan jalan.
Pemeriksaan dibuat terhadap kenderaan pacuan empat roda itu menemukan beberapa lagi bungkusan disyaki berisi daun ketum yang berat keseluruhan mencecah 1 tan dan bernilai kira-kira RM38,000.
Kes tersebut kini disiasat di bawah kanun keseksaan dan Akta Racun 1952.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Feb 23 2023

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Jitra dengan menaiki kereta Proton Persona polis bagi mendapatkan perintah tahanan reman. - Astro AWANI

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kereta hangus terbakar bongkar kegiatan penyeludupan daun ketum
Kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan membawa kepada pembongkaran kegiatan pengedaran ketum.

Dua lelaki penyeludup ketum direman
Mereka ditahan setelah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabas ketika dikejar sepasukan pegawai dan anggota tentera.

Anggota bomba seludup ketum berdepan tindakan tatatertib
Setiap pegawai dan anggota pasukan itu diterapkan dengan jati diri yang tinggi sebagai penjawat awam.

Terima upah RM200 seludup 1.3 tan daun ketum, tiga lelaki ditahan
Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga lelaki itu warga tempatan itu berasal dari Kuala Kedah berusia 33 hingga 39 tahun.

APMM rampas daun ketum bernilai lebih RM500,000 di Kuala Sala
Serbuan pada 6.45 pagi itu dilakukan hasil risikan berkaitan aktiviti pemunggahan yang mencurigakan di kawasan tersebut.

Cubaan seludup guna lori perdagangan, 3 tan daun ketum dirampas
Terbaharu, penyeludup dikesan menggunakan kenderaan perdagangan sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa.

Sindiket seludup ketum masih guna laluan kawasan anggota PGA maut ditembak
Walaupun kawasan itu kini dikawal ketat, namun penyeludup sentiasa mencari peluang untuk menggunakan laluan berkenaan.