KOTA BHARU: Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 39 tahun kerana terlibat dalam kejadian ragut seorang wanita sehingga mangsa mengalami luka kecil di lengan dan tangan kiri di Jalan Kelochor di sini pada 16 Feb lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata kedua-dua suspek ditahan di Pasir Puteh, pada 6.30 petang pada Sabtu lepas, hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis.
"Susulan penahanan suspek, polis merampas sebuah motosikal yang digunakan sewaktu kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah, selain turut mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.
"Kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, video kejadian ragut itu tular dalam laman sosial dan pihak polis turut mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu yang mangsa wanita berusia 54 tahun dilihat berseorangan menunggang motosikal di Jalan Kelochor diragut dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal berwarna kuning sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023
![Dua lelaki ragut wanita hingga cedera ditahan Dua lelaki ragut wanita hingga cedera ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673623906_handcuff.jpg)
Kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735438599_TBragutmaut.jpg)
Peragut maut rempuh pagar kem PGA Batu Kawa
Selepas meragut beg mangsa, suspek kemudian bertindak melarikan diri dan merempuh pagar besi di Briged PGA Batu Kawa.
![Wanita warga emas alami pendarahan di kepala akibat diragut Wanita warga emas alami pendarahan di kepala akibat diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728336555_Wanitawargaemas.jpg)
Wanita warga emas alami pendarahan di kepala akibat diragut
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi.
![Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727738319_Ragut.jpg)
Polis buru penunggang motosikal ragut rantai di Setia Alam
Suspek dipercayai seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC telah berpura-pura melanggar kereta mangsa jenis Mercedes Benz.
![Cubaan ragut gagal, polis tahan penganggur Cubaan ragut gagal, polis tahan penganggur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719021812_tbMotorCuribarang.jpg)
Cubaan ragut gagal, polis tahan penganggur
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
![Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716601383_suspekragutranta.jpg)
Video tular: Polis buru suspek serang, ragut rantai emas peniaga guna parang
Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun itu mengalami kerugian dianggarkan berjumlah RM15,000.
![Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716521428_Ibutunggangmotosik.jpg)
Ibu tunggang motosikal bersama dua anak diragut
Suspek yang juga bermotosikal meragut gelang tangan wanita berkenaan sebelum melarikan diri, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari.
![Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715827335_Sekuriti.jpg)
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
![Guru wanita kerugian RM30,000, rantai diragut Guru wanita kerugian RM30,000, rantai diragut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688358067_Peragut.jpg)
Guru wanita kerugian RM30,000, rantai diragut
Mangsa diragut seorang penunggang motosikal ketika dia bersama anaknya berjalan ke arah kereta sebaik selesai membeli barangan di pasar raya.
![Polis buru suspek ragut warga emas di Manjoi Polis buru suspek ragut warga emas di Manjoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41677505662_TBtular.jpg)
Polis buru suspek ragut warga emas di Manjoi
Semasa kejadian, mangsa wanita berusia 63 tahun telah diragut oleh seorang penunggang motosikal dari belakang.
![Dua lelaki ragut wanita hingga cedera ditahan Dua lelaki ragut wanita hingga cedera ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673623906_handcuff.jpg)
Dua lelaki ragut wanita hingga cedera ditahan
Kedua-dua suspek ditahan di Pasir Puteh, pada 6.30 petang pada Sabtu lepas, hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis.